Connect with us

Arsenal

3 pengurus bakal dipecat, 3 calon gantikan Emery.

ARSENAL dilaporkan sedang mencari pengurus baharu bagi menggantikan Unai Emery.

Published

on

ARSENAL dilaporkan sedang mencari pengurus baharu bagi menggantikan Unai Emery.

Pihak pengurusan tertinggi The Gunners dilaporkan telah mula mencari pengganti Unai Emery, walaupun terdapat perbezaan pendapat di peringkat lembaga pengarah sama ada dia berhak menerima lebih banyak masa atau tidak.

Mengikut wartawan The Daily Mail, Sami Mokbel mendedahkan bahawa pengurusan tertinggi kelab masih lagi memberi peluang kepada Emery untuk menguruskan pasukan.

Namun dalam masa sama pencarian mula dibuat dengan sebahagian daripada mereka percaya bahawa sudah tiba masanya untuk perubahan dilakukan.

Advertisement

Beberapa nama seperti Massimiliano Allegri, Mikel Arteta dan Mauricio Pochettino antara yang menjadi sebutan.

Malah turut dilaporkan bahawa Steve Bould dan Freddie Ljungberg juga dalam perhatian untuk mengambil alih pasukan sementara waktu jika Emery dipecat sebelum hujung musim ini.

The Gunners kini berada ditangga kelapan Liga Perdana dengan 18 mata selepas mengharungi 13 perlawanan setakat ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain.

Advertisement

Selain Emery yang bakal menerima (dikatakan) nasib malang dengan dipecat, dua lagi pengurus pasukan juga mungkin menerima nasib yang sama.

Marco Silva, pengurus Everton ini juga berada dalam situasi yang membimbangkan dimana tiga perlawanan seterusnya menjadi penentu masa depannya.

Marco Silva dilantik menjadi pengurus Everton pada 31 Mei 2018.

Everton ketika ini berada ditangga ke-15 liga dengan mengumpul 14 mata selepas mengharungi 13 perlawanan.

Dan tiga perlawanan getir buat beliau dalam saingan EPL seterusnya juga bukanlah mudah apabila berdepan:

  1. Leicester (ditempat lawan)
  2. Liverpool (ditempat lawan)
  3. Chelsea (laman sendiri)
Carta Terkini EPL.

Manuel Pellegrini juga dikatakan berada dalam keadaan tidak selamat apabila pasukan kendalian beliau, West Ham kini berada ditangga ke-16 liga, satu tangga dibawah Everton, dengan mengumpul 13 mata.

Manuel Pellegrini dilantik menjadi pengurus West Ham pada 22 Mei 2018.

Tiga perlawanan seterusnya yang mungkin menceritakan masa depannya bersama kelab itu adalah:

  • Chelsea (ditempat lawan)
  • Wolves (ditempat lawan)
  • Arsenal (dilaman sendiri)

Manakala bagi Arsenal, nasib Unai Emery dikatakan bergantung kepada keputusan tiga perlawanan liga seterusnya iaitu:

  • Norwich (ditempat lawan)
  • Brighton (dilaman sendiri)
  • West Ham (ditempat lawan)

Baca juga pada tampalan dibawah:

Advertisement