Connect with us

Arsenal

Arsenal boleh ditawarkan pemain + tunai, minat pada perpindahan Januari terus meningkat.

Published

on

Real Madrid berminat untuk mendapatkan penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dan mampu mencuba untuk menandatanganinya pada jendela perpindahan Januari, menurut tuntutan dari Sepanyol.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Aubameyang menikmati permainan yang baik untuk Arsenal sekali lagi musim ini walaupun prestasi The Gunners tidaklah begitu memuaskan ketika ini.
Beliau telah menjaringkan lapan gol dalam 11 perlawanan menjadikannya penjaring gol keempat terbanyak dalam saingan Liga Perdana tahun ini.
Walau bagaimanapun, terdapat keraguan tentang masa depannya di Emirates, dengan laporan di England menunjukkan bahawa Arsenal sedang berjuang untuk meyakinkan penyerang Gabon itu untuk menandatangani perjanjian baru bersama The Gunners.
Perkembangan itu menyebabkan spekulasi mengatakan bahawa Aubameyang bakal berpindah keluar dari Emirates dengan Barcelona dan Real Madrid, kedua-duanya dikaitkan dengan langkah perpindahan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Laporan Sport semalam menjelaskan situasi ini dan mengatakan bahawa sementara Barcelona tidak berminat, Real Madrid pasti berusaha untuk mendapatkan Aubameyang pada jendela perpindahan nanti.
Menurut akhbar itu, wakil Aubameyang telah menjelaskan kepada Barcelona bahawa Madrid sangat berminat terhadap pemain itu.
Real Madrid ‘telah mempertimbangkan kemungkinan’ menandatangani Aubameyang pada bulan Januari  ini selagi harga yang diminta Arsenal adalah berpatutan untuk mereka sedia menerima pemain itu dalam perjanjian tersebut.
Minat tinggi ditunjukkan Real Madrid terhadap Aubameyang timbul dan semakin meningkat setelah mereka mula meragui kemampuan Luka Jovic, dan penyerang Arsenal itu telah menyatakan minatnya untuk bermain bersama kelab itu beberapa kali sebelum ini.
Dengan ‘Barcelona tidak melakukan pergerakan’ dan Aubameyang bukanlah keutamaan, walaupun mereka menginginkan No.9 dalam pasukan mereka serta mereka juga mempunyai pilihan terhad,  semuanya boleh terjadi terjadi dalam jendela perpindahan nanti.
Pada saat ini, Real Madrid bagaikan semakin kuat menekan untuk mendapatkan Aubameyang dan Arsenal mungkin berdepan kesukaran untuk terus mengekalkan pemain berstatus bintang ini menjelang jendela perpindahan musim sejuk.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement