Arsenal dan Man United tidak begitu takut dengan bayaran €35 juta.

Masa depan Merih Demiral bersama Juventus menjadi tanda tanya.
Dua kelab gergasi Inggeris, Arsenal dan Man. United tidak bimbang dengan bayaran €35 juta untuk membawa pertahanan Turki pada jendela perpindahan Januari.

Dugaan masa depan Merih Demiral di Itali terus diperkatakan dengan Arsenal dan Manchester United sekali muncul untuk perpindahan berpontensi.

Laporan Corriere Torino mengatakan bahawa pertahanan Juventus itu berada dalam keadaan ‘tidak menentu’, memandangkan pemain itu kurang beraksi namun mempunyai ramai ‘peminat’ yang berhajat untuk mendapatkan khidmatnya.

Untuk musim ini sahaja, pemain berusia 21 tahun itu hanya membuat aksi selama 90 minit bersama kelab Turin, yang mana ianya dibuat dalam perlawanan Serie A menentang Verona pada bulan September.

Walaupun begitu, dia konsisten bermain untuk pasukan kebangsaan Turki dan persembahan menarik bersama negaranya membuatkan dia begitu mendapat perhatian.

Aksi Merih Demiral bersama skuad kebangsan Turki begitu mencuri tumpuan.

Itu juga menyebabkan media Turki mula menggembar-gemburkan kisah pemain ini dengan menyatakan bahawa Arsenal dan Manchester United mempunyai wakil di Istanbul untuk menonton pertandingan baru-baru ini ketika Turki menentang Iceland.

Di peringkat kelab, Daniele Rugani dianggap mendahului Demiral disamping pemain muda yang dibawa masuk Jueventus awal musim ini, Matthijs de Ligt.

Jelas sekali Demiral bukanlah pilihan utama Maurizio Sarri dan itu juga menjelaskan bahawa pengendali kelab itu tidak yakin dengan kemampuan dan kebolehannya.

Dan ini menyebabkan kisah terbaik buat pemain itu pada Januari nanti adalah berpindah keluar.

Laporan Corriere Torino mengenai Demiral dan kaitannya bersama Arsenal dan United.

Sebelum ini, AC Milan dilaporkan berminat untuk menandatangani Demiral namun difahamkan kelab tersebut ‘takut’ dengan harga yang diminta Juve iaitu sebanyak €35 juta (kira-kira 30 juta pounds) dan membatalkan niat mereka itu dalam mendapatkan pemain itu.

Manakala dua kelab Inggeris, Arsenal dan Manchester United dilaporkan tidak begitu ‘takut’ dengan angka itu dan dikatakan mempunyai kelebihan dalam mendapatkan pemain itu, tanpe menjelaskan secara terperinci kelebihan yang ada buat kelab-kelab Inggeris ini.

About diraccolta 8 Articles
Seorang yang suka makan dan mengumpul pelbagai barangan.

1 Trackback / Pingback

  1. Man City, Man United dan Arsenal membuat percubaan untuk menandatangani pemain yang sama. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners