
Arsenal dan Manchester United dikhabarkan bakal berentap mahu mendapatkan khidmat Ezequiel Barco.
Pemain tengah menyerang ini bermain untuk Argentina dalam Piala Dunia FIFA bawah 20 tahun di Poland pada bulan Mei lepas.
Dia menjaringkan dua gol dalam empat penampilan dalam kejohanan tersebut. Dua gol tersebut dijaringkan dalam kemenangan 5-2 Argentina ke atas Afrika Selatan dalam perlawanan pembukaan kumpulan A.
Penglibatan Ezequiel Barco dalam Piala Dunia FIFA bawah 20 tahun 2019
Persembahannya dalam kejohanan tersebut dan juga dalam Major League Soccer (MLS) telah menarik minat beberapa buah kelab besar di Eropah.
Pemain berusia 20 tahun ini telah membantu skuad Frank de Boer untuk mara ke perlawanan play-off Piala MLS.
Dia bermain sebanyak 26 perlawanan musim ini, menjaringkan empat gol, membantu Atlanta United menamatkan musim di tempat kedua di belakang New York City FC.
Barco juga bermain dalam kemenangan 2-1 menentang Minnesota United dalam perlawanan akhir US Open Cup pada Ogos lalu.
PROFIL RINGKAS
Nama: Ezequiel Barco
Tarikh & tempat lahir: 23 Mac 1999 di Villa Gabernador Galves di Argentina
Warganegara: Argentina
Posisi: Penyerang / Sayap Kiri
Dia menyertai Atlanta dari kelab Argentina, Independiente dengan yuran perpindahan £11.6 juta pada Januari 2018.
Atlanta sudah pasti akan meletakkan harga jualan yang lebih tinggi dari harga belian pemain ini, andai ada kelab yang mahukan khidmatnya.
Selain Arsenal dan Manchester United, beberapa kelab Eropah lain seperti Benfica, Sporting Lisbon, Lille, dan Valencia juga sedang giat memerhati perkembangan pemain muda ini.