Arsenal pecat Unai Emery.

Arsenal secara rasmi mengumumkan pemecatan ketua jurulatih, Unai Emery.

Emery menggantikan pengurus yang paling lama berkhidmat bersama Arsenal, Arsène Wenger pada 2018, tetapi tempoh tujuh perlawanan tanpa sebarang kemenangan telah menyebabkan beliau kehilangan peranan tersebut.

Semuanya bermula dengan positif di bawah Emery musim lalu, dengan Arsenal melakukan 22 perlawanan tanpa kalah dari September hingga Disember.

Walau bagaimanapun, peminat dan penyokong The Gunners tetap tidak yakin dengan gaya dan perubahan taktik, kakitangan dan pendekatannya itu bersama kelab.

Bekas pemain tengah The Gunners, Freddie Ljungberg akan mengambil alih secara peranan tersebut buat sementara waktu sehingga keputusan tetap diputuskan mengenai siapa yang akan bertanggungjawab mengendalikan Arsenal.

“Our most sincere thanks go to Unai and his colleagues who were unrelenting in their efforts to get the club back to competing at the level we all expect and demand. We wish Unai and his team nothing but future success.”

Josh Kroenke via Arsenal
About MyGooners 879 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. “Mereka ni dah tak boleh nak diajar” – Gary Neville - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners
  2. Musim pertama menghadirkan harapan, musim kedua punah segalanya. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners