“Arsenal perlukan pemain Inggeris untuk membantu dari segi mentaliti,” Robert Pires

Robert Pires percaya terdapat kekurangan dari segi kepimpinan dan teras mentaliti pemain Inggeris di dalam skuad Arsenal kini.

Arsenal melalui permulaan musim yang tidak konsisten, dengan gagal untuk menang dalam lima perlawanan terakhir sebelum rehat minggu perlawanan antarabangsa.

Dan perkara ini memberikan tekanan yang hebat kepada pengurus kelab, Unai Emery, diminta untuk meletak jawatan oleh para peminat dan penyokong kelab selepas kekalahan 0-2 kepada Leicester City.

Pemain legenda kelab, Pires menekankan skuad Arsenal kini memerlukan bantuan untuk memulihkan mentaliti pemain.

Siapa yang tidak ingat akan insiden yang berlaku ketika Arsenal seri 2-2 menentang Crystal Palace, di mana kapten pasukan pada ketika itu, Granit Xhaka telah membalas cemuhan para penyokong semasa dia berjalan keluar padang untuk digantikan dengan Bukayo Saka. Dia kemudian terus berlalu pergi ke arah bilik persalinan.

Di sini menunjukkan mentaliti lemah di kalangan pemain Arsenal kini.

Dan Pires percaya Arsenal perlu membawa masuk seorang atau dua pemain Inggeris untuk membantu dalam hal ini.

Tiga pemain yang berpengalaman (Aubameyang, David Luiz, Granit Xhaka), tetapi masih tidak dapat menerapkan mentaliti yang kuat di dalam pasukan.

“Pasukan ini memerlukan banyak ‘bahan’,” katanya kepada The Athletic.

“Fizikal, teknikal, pemain-pemain yang pintar, dan sudah tentu kami memerlukan kepimpinan, dan kami perlukan pemain Inggeris.

“Kami memerlukan pemain Inggeris kerana kami berada di England dan tiada yang lain membesar dengan mentaliti seperti ini.

“Anda perlu dilahirkan di sini. Memang bagus untuk berhijrah dan mengenali negara baru, tetapi bagi saya, anda memerlukan pemain Inggeris apabila bermain di England.

“Keadaan kini sangat berbeza. Saya pernah bermain bersama David Seaman, Lee Dixon, Tony Adams, Martin Keown, Ashley Cole, Ray Parlour.

“Kami bercakap mengenai enam pemain Inggeris di dalam pasukan. Kami memerlukan pemain yang sama seperti mereka.

“Saya menghormati falsafah Arsenal, tetapi kita bermain di Premier League dan ianya sukar setiap hujung minggu.”

Musim ini, Arsenal telah menggunakan enam pemain Inggeris iaitu Joe Willock, Calum Chambers, Ainsley Maitland-Niles, Reiss Nelson, Bukayo Saka, dan Rob Holding dalam pelbagai kejohanan.

Hanya Rob Holding yang dilihat mempunyai potensi kepimpinan setakat ini, tetapi dia tidak terpilih sebagai pilihan utama ketua pasukan berdasarkan undian rakan sepasukannya dua bulan lepas.

Rob Holding dan Kieran Tierney

Be the first to comment