Arsenal salah satu daripada dua kelab ‘paling berminat’ untuk pemain tengah Real.

Pun begitu, ianya mungkin menghadapi kekecewaan jika Arsenal cuba untuk menandatangani pemain tersebut.

Arsenal merupakan salah satu daripada dua kelab yang ‘paling berminat’ untuk mendapatkan pemain Real Madrid, James Rodriguez tetapi kelihatan cenderung menerima kekecewaan dalam apa jua cubaan untuk menandatanganinya.

Rodriguez kembali ke Bernabeu pada musim panas baru-baru ini selepas Bayern Munich memutuskan untuk tidak melakukan ataupun menukarkan kontrak pinjaman selama dua tahun di kelab itu kepada perpindahan tetap.

James Rodriguez ,28 tahun dipinjamkan Real ke Munich untuk 2 musim (2017–2019)

Beliau telah membuat sembilan penampilan untuk Real Madrid musim ini namun terpaksa berjuang untuk menempatkan dirinya di bawah Zinedine Zidane, dan hanya bermain penuh 90 minit dalam dua perlawanan sahaja setakat ini.

Sebelum ini, nama beliau dikatakan berada dalam senarai pemain yang tidak dikehendaki di Real Madrid dan pihak kelab mahu melepaskannya.

At the moment, Arsenal and Naples are the two teams most interested in signing the Colombian, however, neither of them has made an official proposal to Real Madrid, so it is expected that Florentino Pérez should look for him a team in case to place it in January. .

El Desmarque *Terjemahan asal menggunakan Google Translate

Walaupun dengan kembalinya Zidane ke kelab tersebut, namun Rodriguez tetap dilaporkan tidak berada dalam perancangan pengendali tersebut yang mahu membina skuad baharu selepas mengambil alih semula kelab itu.

Malah, nama beliau juga telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris, dengan nama Arsenal seringkali dikaitkan dan muncul beberapa kali dalam jendela perpindahan.

Menurut El Desmarque, The Gunners tetap berminat untuk menandatanginya dan bersama Arsenal adalah Napoli yang turut dilaporkan paling berminat untuk mendapatkan tandatangan pemain itu.

Walau bagaimanapun, kedua-dua kelab tersebut dilaporkan masih tidak membuat sebarang tawaran rasmi bagi mendapatkan pemain itu, dan sekiranya mereka bertindak, sudah pasti kedua-dua kelab itu bakal menerima kekecewaan.

Ini kerana, menurut laman sesawang tersebut, Rodriguez telah memaklumkan kepada ketua Real Madrid, Florentino Perez bahawa beliau masih ingin kekal di kelab itu pada bulan Januari ini dan akan berjuang untuk tempatnya.

Rodriguez tidak mahu berpindah pada jendela musim sejuk (pertengahan liga) kerana beliau tahu ada kemungkinan besar dia akan membuat langkah yang salah selepas melihat beberapa pemain Real yang telah membuat langkah perpidahan pada Januari mengalami nasib malang.

James Rodriguez has already decided where he will play from January. The Colombian midfielder has informed Florentino Pérez that he does not want to try to place him in any transfer in the winter market, since he wants to fight for the titles at Real Madrid and decide in the future his future if he has interesting options.

El Desmarque *Terjemahan asal menggunakan Google Translate

Kontrak James Rodriguez bersama Real akan berakhir pada Jun 2021 dan pemain Colombia itu tidak mahu memutuskan sekarang dengan tergesa-gesa mengenai masa depannya dan berharap dapat melakukannya selepas kejohanan Copa America musim depan.

Pun begitu, sama ada Arsenal ataupun Napoli masih berminat dan berhajat untuk menandatangani pemain itu, sebarang percubaan untuk mendapatkan Rodriguez sebelum musim panas pasti tidak akan berjaya.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment