Arsenal sertai Man United dalam mengejar pemain Borussia Mönchengladbach.

Berita perpindahan mengaitkan Arsenal
Rundingan sedang dijalankan bersama kelab untuk pembaharuan kontrak.

Denis Zakaria muncul antara pemain paling menyerlah Borussia Mönchengladbach di bahagian tengah musim ini.

Persembahan menarik yang dipamerkan untuk pasukan Bundesliga itu mendapat perhatian dari beberapa kelab lain setelah laporan sebelum ini mengatakan mengenai minat Manchester United (pada bulan lalu) yang berminat untuk mendapatkan pemain berusia 23 tahun ini.

Malah Tottenham Hotspur juga disebutkan, tetapi itu adalah sebelum Mauricio Pochettino ditunjukkan pintu keluar dari kelab itu.

Menurut Transfer Fussball, The Gunners dan Red Devils adalah dua kelab yang sedang memburu pemain antarabangsa Switzerland itu, yang kini semakin menyinar di Jerman.

Denis Zakaria (kiri) jadi rebutan Arsenal dan Man United.

Selain daripada United dan Arsenal, Borussia Dortmund dan Bayern Munich juga dilaporkan memasukkan pemain itu dalam senarai perpindahan mereka.

Perjanjian semasa Zakaria hanya akan berakhir pada 2022 dan laporan itu menyatakan Mönchengladbach merancang untuk menawarkan kepadanya kontrak baharu.

Rundingan sedang dijalankan untuk melanjutkan kontrak semasa Zakaria yang akan merangkumi klausa pelepasan selain mencapai keputusan yang menggembirakan kedua-dua pihak.

Pun begitu, laporan Fussball tidak menyatakan apa-apa mengenai klausa pelepasan baharu Zakaria jika pemain tersebut bersetuju dengan pembaharuan perjanjian itu.

Bekas kapten Arsenal yang dilucutkan peranan, Granit Xhaka bersama Zakaria.

Setakat ini tidak jelas mengenai rundingan pembaharuan kontrak itu dan mungkin pihak Zakaria menggunakan kesempatan minat yang ditunjukkan daripada kelab-kelab Inggeris bagi mendapat kelebihan dalam rundingan pembaharuan kontrak bersama kelab Jerman itu.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment