Arsene Wenger dedahkan kisah sebenar di sebalik ‘cerita siapa mahu siapa’ sebagai pengurus di Bayern Munich.

ARSENE WENGER mendakwa beliau didekati oleh Bayern Munich mengenai lantikan (menjadi) jurulatih baharu kelab, bukan sebaliknya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Terdahulu minggu ini, Wenger sangat kuat dikaitkan untuk menggantikan Niko Kovac sebagai pengendali baharu Bayern Munich selepas pengendali kelahiran Croatia itu meninggalkan The Bavarians atas persetujuan bersama selepas kekalahan 5-1 hujung minggu lalu kepada Eintracht Frankfurt.

Tetapi pada hari Khamis, juara Bundesliga itu dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan melalui media Jerman, Bild di mana mereka mengatakan bahawa mereka telah menolak ‘tawaran’ dari Wenger untuk mengambil alih di Allianz Arena.

“Arsene Wenger telah menghubungi Karl-Heinz Rummenigge pada petang Rabu dan pada dasarnya menyatakan minat pada jawatan jurulatih di Bayern,” kata kenyataan itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Bayern sangat menghargai Arsene Wenger untuk kariernya sebagai jurulatih di Arsenal, tetapi dia bukan pilihan sebagai jurulatih di FC Bayern Munich.”
Walau bagaimanapun, dalam satu wawancara luar biasa yang diberikan kepada  beIN SPORTs, Wenger kini telah mempertikaikan versi (laporan) Bayern.

Bekas pengurus Arsenal mendakwa beliau menerima panggilan telefon dari Rummenigge selepas keberangkatan Kovac di mana dia ditanya oleh pengerusi kelab itu jika dia berminat menjadi jurulatih baharu.
Wenger kemudian berkata beliau telah meminta masa untuk memikirkan cadangan itu dan berkata beliau akan bercakap kepada Rummenigge selepas dia kembali dari perjalanan ke Doha pada hari Ahad.
Dan seolah-olah pengendali kelahiran Perancis berusia 70 tahun itu kemudian terkejut mendengar bahawa Bayern telah mengeluarkan satu kenyataan yang telah membuat keputusan dia ‘terkeluar’ dari jawatan tersebut.
Wenger kemudian menamatkan temubual itu dengan mengucapkan selamat maju jaya kepada Bayern dan mengesahkan beliau tidak akan menjadi jurulatih baharu kelab itu.

I wish well to Bayern who are actually at a turning point, because Hoeness, key man of this club, is leaving, Rummenigge will leave in one year, it seems that the future is uncertain, and this club which always managed stuff by being very discreet and direct, is today very exposed with rumours coming from everywhere.

For myself, I wish good luck to Bayern and for me the situation is clear.

–Arsene Wenger via Sky Sports 


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

About barchunk 23 Articles
Just see Arsenal playing a beautiful game called Football. Suka minum kopi tanpa gula sambil membaca komik One Piece. Boom!!! Gollll dok staram!

Be the first to comment