Connect with us

Arsenal

Aubameyang tunggu bidaan Barcelona, sebelum menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal

Published

on

Pierre-Emerick Aubameyang dilaporkan enggan menandatangani kontrak baru bersama Arsenal kerana menunggu Barcelona membuat bidaan terhadapnya.

Menurut SPORT, Auba masih dalam kontrak bersama Arsenal sehingga tahun 2021, dan sedia maklum mengenai minat Barcelona itu. Dia rela menanti samada kelab Sepanyol tersebut mahu membuat bidaan atau tidak.

Pierre Emerick Aubameyang

Penyerang antarabangsa Gabon itu, yang pernah dikritik oleh sebahagian peminat Arsenal kerana hubungannya dengan AFTV, sudah memulakan rundingan kontrak baru sejak musim panas lalu.

Walaubagaimanapun, rundingan tersebut terpaksa dihentikan seketika selepas bekas penyerang Borussia Dortmund itu tidak mahu menandatangani kontrak lanjutan buat masa ini.

Satu lagi laporan mendakwa kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan antara faktor penting yang mempengaruhi keputusannya melambatkan urusan lanjutan kontrak.

Dia berkemungkinan akan berpindah keluar andai the Gunners sekali lagi gagal menamatkan musim di empat pasukan terbaik liga.

Advertisement

Adakah satu kerugian andai Aubameyang berpindah keluar dari Arsenal musim hadapan? Dan andai dia keluar, siapakah yang bakal menggantikan tempatnya?