Connect with us

Arsenal

Bagaikan sudah berakhir buat Unai Emery.

Masa depan Unai Emery bersama Arsenal semakin diperkatakan bukan sahaja dari kalangan peminat dan penyokong The Gunners, malahan pemerhati sukan bolasepak juga membicarakan topik yang sama.

Published

on

Namun Mauricio Pochettino bukanlah calon sesuai untuk menggantikan pengendali Arsenal itu.

Masa depan Unai Emery bersama Arsenal semakin diperkatakan bukan sahaja dari kalangan peminat dan penyokong The Gunners, malahan pemerhati sukan bolasepak juga membicarakan topik yang sama.

Masa pengendali tersebut bersama Arsenal bagaikan sudah berakhir dengan prestasi hambar yang dipamerkan ketika ini.

Keputusan-keputusan perlawanan kebelakangan ini banyak tidak memihak kepada Emery dan Arsenal dengan terbaru, seri 2-2 menentang Southampton dilaman sendiri.

Advertisement

Membariskan skuad yang boleh dianggap terkuat Arsenal musim ini, Emery gagal menceriakan peminat dan penyokong dengan keputusan mengecewakan itu.

https://www.facebook.com/MyGooners1886/posts/2943327145723708

Keputusan seri 2-2 baru-baru ini menjelaskan bahawa Emery tidak lagi berada dalam zon selamat daripada menerima nasib sama seperti Mauricio Pochettino, yang dipecat minggu lalu.

Dan menurut bekas pemain Arsenal yang kini menjadi pakar bolasepak (pundit) di Sky Sports, Charlie Nicholas merasakan masa depan Emery bagaikan sudah berakhir di Arsenal.

Malah beliau turut bersimpati dengan nasib yang menimpa kepada pengendali Arsenal itu.

Advertisement

I have sympathy with him. But we all know that this is a results business and that’s down to the manager. If he doesn’t get results, his time will be up Charlie Nicholas via Sky Sports.

Pun begitu, prestasi dan keputusan semasa Arsenal menjadi perhatian serta ianya perlu segera diperbaiki.

Adakah Emery masih memerlukan masa?

Dan adakah beliau layak menerima peluang dengan memberikan masa kepadanya bagi menamatkan musim ini?

Di awal perlantikan beliau, matlamat utama Arsenal dengan jelas diberikan kepada beliau iaitu layak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara.

Selepas gagal musim lalu untuk membawa Arsenal ke saingan tertinggi kelab bolasepak Eropah musim ini, pelaburan besar turut dibuat pihak pengurusan kelab bagi membantu Emery musim ini.

Advertisement

Namun, ianya bagaikan tidak setimpal dengan keputusan yang dijelmakan Emery berbanding ratusan juta dibelanjakan dalam tempoh dua musim (musim kedua Emery mengendalikan Arsenal).

Walaupun merasa bersimpati untuk Emery, namun Nicholas juga merasakan bahawa perlawanan liga yang seterusnya menentang kelab yang berada di zon penyingkiran, Norwich akan menentukan masa depan pengendali Arsenal itu.

Dan beliau juga merasakan bahawa Mauricio Pochettino tidak mungkin akan mengambil alih peranan tersebut di Emirates sekiranya Emery dipecat.

Masa Unai Emery di Emirates bagaikan sudah menghampiri ke penghujungnya.

Advertisement

Tidak perlu diberikan masa kepada beliau kerana sekiranya diberikan masa, sudah tentu Arsenal juga semakin ‘jahanam’.

Dengan dana yang diberikan dan dibelanjakan setakat ini kepada Emery, disebalik kecemerlangan tak seberapa musim lalu, beliau sekaligus gagal menghadirkan keputusan yang diharapkan musim ini.

Walaupun perjalanan liga masih jauh, namun sudah banyak kerosakan terhadap Arsenal ‘diciptakan’ setakat ini.

Peluang untuk layak ke UCL musim depan juga semakin samar dengan kedudukan yang semakin ke pertengahan liga.

Advertisement

Untuk muncul juara Liga Europa juga dilihat sesuatu yang mustahil dengan prestasi semasa Arsenal.

Malahan percubaan musim lalu yang jauh lebih bertenaga berbanding musim ini juga menemui kegagalan.

Adakah perlu diberikan masa dan peluang kepada Emery?

Advertisement