
Ketua bolasepak Itali dedahkan beliau menerima tawaran dari Arsenal untuk peranan Ketua Akademi.
Namun terpaksa menolak peluang tersebut kerana bahasa menjadi menghalang beliau daripada melaksanakan tugas itu dengan cemerlang.
Maurizio Viscidi merupakan salah seorang individu paling berpengaruh dalam arena bolasepak Itali, walaupun namanya jarang didengar serta dikenali.
Berusia 57 tahun, Viscidi merupakan penyelaras bagi sektor belia FIGC, di mana beliau menyelia kesemua tujuh pasukan kebangsaan Itali, bermula bawah 15 sehingga 21 tahun.
Tugas utama beliau adalah untuk membangunkan bintang-bintang Itali bagi generasi akan datang.

Peranan tersebut dimilikinya sejak 2010 dan kini beliau sedang melihat hasil rancangannya yang membuahkan hasil, dengan Itali menikmati kemunculan bakat muda dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Pemain-pemain seperti Antonio Barella, Sandro Tonali, Nicolo Zaniolo dan Moise Kean semuanya hasil didikan dan perancangan beliau serta kesemua pemain tersebut kini memberikan harapan kepada Itali untuk masa depan yang cerah.
Pun begitu, beliau baru-baru ini mendedahkan bahawa Arsenal telah menawarkan kepadanya peluang untuk memimpin pengeluaran pemain muda The Gunners pada satu ketika.

“Beberapa tahun yang lalu, Arsenal telah menawarkan saya untuk menjadi Ketua Akademi mereka,” katanya kepada Ultimo Uomo.
“Kesukaran saya dengan bahasa Inggeris membuat apa-apa perbincangan menjadi sukar.
“Gembira kelab luar menghargai usaha kami, mereka sedang mengkaji model yang kami jalankan di Club Italia.
“Persatuan lain ada juga menawarkan saya tugasan, terima kasih kepada kesinambungan keputusan yang kami ada bersama semua pasukan kami.” jelas beliau.