Barcelona ‘hargai’ bakat yang ada pada Auba, namun terdapat satu halangan.

Kualiti pemain Arsenal amat dikagumi pun begitu satu faktor boleh menjadi halangan untuk urusan perpindahan,

Awal bulan ini, wartawan Juanfe Sanz memberitahu El Chiringuito, bahawa Barcelona ‘sangat berminat’ terhadap Pierre-Emerick Aubameyang dan mencadangkan harga permintaan adalah tidak terlalu tinggi bagi sebarang perpindahan berpotensi.

Dua hari lalu, Le10 Sport melaporkan penyerang itu dipantau rapi oleh pemenang La Liga dan mereka juga menjelaskan bahawa pemain berusia 30 tahun itu telah menangguhkan perbincangan kontrak bersama The Gunners.

Kontrak semasa Aubameyang di Emirates hanya akan berakhir pada 2021 dan laporan di England mencadangkan dimana pemain antarabangsa Gabon itu mahu melihat terlebih dahulu sama ada pihak Unai Emery akan layak ke Liga Juara-Juara musim depan atau tidak sebelum membuat sebarang keputusan.

Edisi hari Jumaat, Mundo Deportivo telah mengambil kesemua dakwaan ini dan ia mengatakan bahawa kelab Catalan itu mengagumi bakat dan potensi yang ada pada bekas bintang Borussia Dortmund itu.

Laporan Mundo Deportivo edisi Jumaat.

Walau bagaimanapun, umur Aubameyang ( akan berusia 31 tahun pada Jun depan ) akan menjadi halangan bagi pasukan Ernesto Valverde dalam menandatanganinya.

Mundo turut menambah bahawa Arsenal kemungkinan bersetuju untuk berunding mengenai perpindahannya pada musim panas akan datang, sekiranya Aubameyang memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya bersama mereka (Arsenal).

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment