Connect with us

Arsenal

Bekas penyerang Arsenal kritik Freddie Ljungberg kerana kurang hulur bantuan kepada Unai Emery

Published

on

John Hartson telah mengkritik Freddie Ljungberg kerana tidak membantu Unai Emery sebelum pengurus tersebut dipecat.

Emery telah dipecat oleh Arsenal pada pagi semalam (waktu tempatan) selepas skuadnya mencatat siri keputusan yang teruk, tiada kemenangan dalam tujuh perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan.

The Gunners juga turun ke tangga kelapan Premier League (PL) selepas mencatat keputusan seri 2-2 menentang Southampton pada hujung minggu lepas.

Badan lembaga pengarah Arsenal telah membuat keputusan untuk memecat Emery selepas kegagalan untuk meraih kemenangan menentang Eintracht Frankfurt dalam perlawanan peringkat kumpulan Europa League pada pertengahan minggu ini.

Arsenal tewas 1-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Emirates itu.

Advertisement

Pembantu pengurus Emery, Ljungberg telah dilantik sebagai interim head coach tetapi telah dikritik oleh Hartson kerana tidak menghulurkan bantuan yang sepatutnya kepada Emery.

Menurut Hartson, bekas pemain Sweden tersebut sepatutnya “menyampaikan sesuatu” selepas melihat permainan yang kurang ‘menjadi’ ketika menentang Frankfurt.

“Ljungberg memang sangat membantu Emery malam semalam..duduk sahaja selama 90 minit. Sudah tentu anda boleh bercakap dengan pengurus pasukan apabila melihat ada yang tidak kena” tulis Hartson dalam akaun twitter rasminya.

John Hartson

Bekas pemain skuad kebangsaan Wales ini bermain bersama Arsenal dari tahun 1995 – 1997, bermain 64 perlawanan dan menjaringkan 15 gol dalam tempoh tersebut.

Pasukan jurulatih Unai Emery juga telah meninggalkan kelab bersamanya, dan dikatakan meletakkan kepercayaan penuh ke atas Ljungberg tetapi mereka mahu mencari pengurus tetap. Berikut adalah senarai pasukan jurulatihnya:

Juan Carlos Carcedo (assistant)
Pablo Villanueva (1st team)
Javi Garcia (goalkeeper)
Julen Masach (strength and conditioning)
Victor Manas (analyst)

Pengarah kelab, Josh Kroenke mengucapkan terima kasih atas usaha gigih Emery semasa menjadi pengurus kelab London utara ini selama 18 bulan.

Adakah Ljungberg mampu mengembalikan senyuman peminat dan penyokong Arsenal minggu ini? Kita tengok je lah nanti.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply