Besiktas dijangka berhubung dengan Arsenal pada Januari.

Bayaran (yuran) perpindahan menjadi isu bagi kelab Turki itu melakukan perpindahan tetap.

Dakwaan Fanatik, Besiktas sudah mula merancang untuk musim depan dan mereka mahu mengekalkan pemain pinjaman dari Arsenal, Mohamed Elneny.

Prestasi kelab Turki itu meningkat secara mendadak dalam tempoh dua bulan terakhir dan mereka telah mengumpul 16 mata dari kemungkinan 18 (mata maksimum) dalam enam perlawanan terakhir mereka.

Mereka turut mencatatkan persembahan menarik dengan hanya membenarkan satu gol sahaja dibolosi sepanjang tempoh itu.

Dan prestasi cemerlang mereka itu banyak dibantu oleh gandingan Elneny bersama Atiba Hutchinson di bahagian tengah.

Pemain kebangsaan Mesir itu telah membentuk gandingan yang hebat bersama pemain veteran Besiktas itu dan Fanatik kemudian melaporkan bahawa Black Eagles berusaha untuk mengekalkan Elneny untuk jangka panjang.

Dilaporkan bahawa Besiktas akan menghubungi Arsenal pada bulan Januari nanti mengenai usaha mereka yang mahu memanjangkan tempoh pinjaman ataupun melanjutkan tempoh itu untuk satu musim lagi (musim hadapan).

Ini kerana mereka tidak mempunyai dana mencukupi untuk mengaktifkan klausa penebusan berjumlah €16 juta.

Kontrak pemain berusia 27 tahun bersama Arsenal akan berakhir pada Jun 2022, tetapi kemungkinan Elneny akan berjuang untuk mendapatkan kembali tempat dan masa permainannya bersama The Gunners sekiranya kembali ke Emirates pada musim panas akan datang.

Selain Elneny, pihak pengurusan Besiktas turut dilaporkan berhajat untuk mengekalkan Karius dan Rebocho, yang mana kontrak mereka akan berakhir pada hujung musim ini.

About MyGooners 886 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

1 Trackback / Pingback

  1. Kekangan kewangan untuk Besiktas bawa Elneny secara kekal. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners