Beth Mead sambung kontrak dengan Arsenal

Penyerang Arsenal Women, Beth Mead terus memberikan komitmen dengan menandatangani kontrak baru jangka masa panjang bersama kelab.

Dia menyertai kelab dari Sunderland pada Januari 2017 (usia 21 tahun) dengan rekod yang menakjubkan, menjaringkan 77 gol dalam 78 perlawanan.

Bethany Mead menandatangani kontrak baru ditemani Joe Montemurro

Penyerang skuad wanita kebangsaan England ini sudah membuat 76 penampilan bersama Arsenal Women, dan telah menjaringkan 32 gol setakat ini.

Beth menamatkan musim 2017/18 sebagai penjaring gol terbanyak pasukan dengan 16 gol dalam 24 penampilan dalam semua kejohanan.

Dia memainkan peranan penting dalam kejayaan menjuarai The FA’s Women Super League 2018/19. Dia mencipta rekod baru Barclays Women’s Super League apabila menjadi pemain pertama membuat 12 assist dalam satu musim.

“Kami sangat gembira setelah Beth menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama kami,” kata ketua jurulatih Joe Montemurro.

“Beth seorang pemain yang sangat berbakat, dan dia sudah mengembangkan permainannya dalam beberapa tahun ini, jadi kami sangat teruja untuk terus melihat perkembangannya.

“Dia seorang pemain yang penting dalam skuad kami, di dalam dan luar padang, dan sungguh bagus apabila dia memberikan komitmennya bersama kami.”

BIODATA RINGKAS



Nama: Bethany Jane Mead
Tarikh dan tempat lahir: 9 Mei 1995 di Whitby, England
Warganegara: England
Posisi: Penyerang
Ketinggian: 1.63m

Debut Arsenal: lawan Birmingham City Women (FA Women’s Super League. Menang 3-2). 24 September 2017
Gol pertama Arsenal: lawan London Bees (FA WSL Continental Tyre League Cup. Menang 7-0). 12 Oktober 2017

Beth sudah menjaringkan empat gol dalam 11 penampilan musim ini.

Di peringkat kebangsaan, dia sudah mendapat 25 cap antarabangsa dan menjaringkan 12 gol sejak membuat penampilan pertama pada April 2018 menentang Wales.

Be the first to comment