Bukti Unai Emery silap terhadap Lucas Torreira.

Unai Emery lakukan kesilapan terhadap Torreira
Torreira bermain 90 minit ketika Uruguay mengikat Argentina seri 2-2 dalam aksi persahabatan semalam.

Pemain Arsenal ini telah mempamerkan aksi yang cukup cemerlang apabila bermain pada posisi ataupun peranan yang semulajadi dengan dirinya – deep lying.

Torreira, pada perlawanan itu memainkan peranan penting dalam gol pembukaan Uruguay dengan mencipta gerakan gol (pra bantuan) kepada Suarez, yang kemudiannya disudahkan oleh Cavani untuk mendahului Argentina.

Aksi Messi seringkali digagalkan Torreira.

Malah pergerakan pemain berbisa Argentina, Lionel Messi turut dikawal rapi Torreira walaupun pada hujung-hujung perlawanan pemain itu berjaya menjaringkan gol melalui penalti untuk mengikat perlawanan dengan keputusan 2-2.

Rangkuman Argentina 2-2 Uruguay.

Manakala ketika bersama Arsenal, aksi Torreira bagaikan ‘disalah guna’ Emery yang ‘memaksa’ pemain ini beraksi lebih ke depan.

Torreira bagaikan diberi peranan No.10 oleh Emery dan bermain lebih ofensif, sesuatu yang bertentangan dengan posisi sebenarnya.

Bukan sahaja peminat dan penyokong yang keliru dan terkejut dengan peranan tersebut, malahan Torreira sendiri di lihat ‘terpinga-pinga’ dengan tugasnya bersama The Gunners dibawah kendalian Emery.

Dan ianya terbukti bahawa Torreira jelas tidak selesa dengan peranan barunya itu, pun begitu, Emery tetap berkeras memaksa beliau bermain lebih ke depan.

Emery kini mungkin harus memikirkan kembali peranan yang sepatutnya diberikan kepada Torreira selepas perlawanan di antara Uruguay menentang Argentina itu.

Kemasukan Torreira musim lalu bagaikan jawapan kepada permasalahan dalam mencari ‘Vieira baharu’ yang dihadapi ketika musim-musim terakhir Arsene Wenger mengendalikan Arsenal.

Namun entah mengapa, musim ini kemampuan defensif yang dimiliki Torreira gagal memuaskan Emery sehinggakan pemain tersebut hanya membuat empat kali dalam permulaan pasukan setakat ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Perkembangan tersebut jelas membuatkan Torreira kecewa dan ketika ini diselubungi dengan khabar angin mengenai perpindahan beliau pada jendela Januari nanti.

Rekod penampilan Torreira musim ini bersama Arsenal
PosisiPenampilanGolBantuanRating
Midfielder Centre5006.64
Defensive Midfielder (center)3007.2
Pemain Gantian 8106.44

Pada perlwanan menentang Argentina, Torreira bermain dalam peranan yang lebih defensif pada bahagian tengah Uruguay.

Tenaga yang dimilikinya bagaikan tidak kehabisan dengan dapat dilihat sentiasa mengikuti dan mengawal rapi pergerakan Lionel Messi dan mematahkan usaha pihak lawan.

Meskipun beliau tidak banyak beraksi musim ini, Torreira jelas tidak menunjukkan tanda-tanda ‘semput’, malah beliau mampu mengawal kawasan yang ‘dijaganya’ dengan dapat dilihat sering berada di tempat dan waktu yang tepat untuk menghentikan ataupun menggagalkan serangan Argentina.

Penampilan Torreira itu seakan-akan ingin menunjukkan ataupun memberitahu kepada Emery bahawa beliau sudah sedia untuk membantu Arsenal jika diturunkan pada posisi terbaiknya.

Dengan permasalahan pada pertahanan Arsenal yang dilihat cukup rapuh ketika ini, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Torreira mampu membantu dan menyelamatkan gawang The Gunners daripada diasak dan ditekan bertubi-tubi, sekali gus mengurangkan jumlah bolos.

Dan jika diperhalusi pada penampilan dan aksi Torreira pada perlawanan bersama pasukan kebangsaan Uruguay, jelas sekali Emery telah melakukan kesilapan dalam menggunakan Torreira.

Oh ya… Emery banyak melakukan kesilapan pada pemain-pemain dan pasukan Arsenal ketika ini .

Rujukan : WhoScored

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment