Datuk Ong Kim Swee mohon skuadnya tidak diganggu.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee turun menjalani sesi latihan di Stadium Memorial Rizal, Manila, Filipina pagi tadi. Kredit Foto: FAM
Pengendali skuad bawah 22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee mohon pasukan Liga Malaysia agar tidak ‘mengganggu’ barisan pemainnya ketika sedang menghadapi saingan Sukan SEA 2019.

Ketika ini, Liga Malaysia sedang berehat dan hanya akan memulakan aksi liga tahun depan.

Sebelum ini, laman Malaysian Football League (MFL ) telah mengeluarkan jadual untuk musim 2019 dan 2020 supaya dapat memudahkan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia melakukan persediaan awal tiap-tiap musim dan merangka perancangan pasukan masing-masing untuk tempoh jangka masa yang panjang.

Pengedaran awal Kalendar Pertandingan ini bukan sahaja akan membantu pasukan-pasukan yang bertanding dari segi jadual minggu-minggu perlawanan Liga Malaysia, malah ini juga turut akan membantu dalam mempersiapkan dokumentasi berkaitan pendaftaran, perancangan mengenai penggunaan stadium, tarikh mengenai jendela perpindahan pemain serta pelaksanaan aktiviti komersial dan promosi pasukan masing-masing.

Pada akhir makluman tersebut, pihak MFL juga memaklumkan yang jadual penuh perlawanan-perlawanan Liga Malaysia akan dikeluarkan oleh mereka dalam tempoh satu bulan sebelum tarikh minggu perlawanan yang pertama.

Kalendar musim 2020 Liga Malaysia.

Melalui laporan Berita Harian hari ini, mereka mendedahkan bahawa pemain skuad B22 negara yang sedang menghadapi saingan Sukan SEA 2019, menjadi buruan beberapa kelab Liga Malaysia seperti pemain pertahanan Kuala Lumpur, Irfan Zakaria; penyerang Fagiano Okayrama, Hadi Fayyadh Abdul Razak; dan tonggak tengah Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat.

Datuk Ong Kim Swee berkata bahawa adalah penting buat anak buahnya dapat memberikan fokus 100% dalam menghadapi saingan Sukan SEA 2019 dan berharap agar pemain-pemainnya tidak diganggu sepanjang kejohanan ini.

Muat turun kalendar Liga Malaysia musim 2020 disini: Liga Malaysia 2020

Ini sebenarnya perkara biasa apabila kita bermain dalam kejohanan yang berlangsung pada hujung tahun dan selepas tamat saingan liga,” kata Kim Swee ketika ditanya sekiranya ada pasukan Liga M yang mengadakan rundingan bersama pemain ketika temasya dwi tahunan itu sedang berlangsung (dipetik daripada Berita Harian).

Saya percaya kelab mempunyai pendapat masing-masing dalam hal ini tetapi kita tahu ini adalah tugasan untuk negara.

Jadi, saya minta mereka (pemain) diberikan masa untuk memikirkan mengenai perkara ini (tawaran daripada kelab) selepas tamat Sukan SEA.

Ini penting bagi membolehkan mereka memberi tumpuan penuh dalam kejohanan kali ini.”

Skuad negara bakal berdepan aksi penting bertemu tuan rumah Filipina untuk perlawanan kedua Kumpulan A, Jumaat ini dengan misi wajib meraih tiga mata bagi mencerahkan laluan untuk mara ke separuh akhir.

Kredit Foto: FAM , Sumber : Berita Harian, FOX Sport & MFL

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment