David Beckham cuba dapatkan Patrick Vieira jadi pengurus baru Inter Miami

David Beckham dilaporkan telah menyenaraikan Patrick Vieira untuk menjadi ketua jurulatih pertama di Inter Miami.

Kapten legenda Arsenal itu kini sedang berkhidmat sebagai pengurus kelab Ligue 1 Perancis, Nice. Tetapi kini namanya antara yang teratas untuk dilantik menguruskan pendatang baru Major League Soccer (MLS).

Inter Miami juga sedang membuat pertimbangan beberapa pengurus yang berpengalaman yang lain seperti Roberto Martinez (ketua jurulatih pasukan kebangsaan Belgium) dan Marcelo Gallardo (pengurus River Plate).

Vieira, 43 tahun, sudah menjadi pengurus Nice sejak Jun 2018 dan telah mengetuai Nice untuk menamatkan liga di tempat ketujuh dalam musim pertamanya.

Pada musim ini, mereka kini menduduki tangga ke-15, hanya mengumpul 17 mata dari 14 perlawanan setakat ini. Dalam perlawanan liga terakhirnya minggu lepas, Nice tewas 1-2 kepada Olympique Lyon di tempat lawan.

Sebelum mengendalikan Nice, Vieira pernah menjadi pengurus di New York City, menimba pengalaman dan membina reputasinya di sana selama tiga tahun.

Dia juga pernah dikaitkan untuk menjadi pengurus kelab lamanya, Arsenal.

“Sejak saya berada di Manchester City, saya sudah mempunyai idea yang jelas mengenai langkah seterus saya. Saya membuat keputusan yang betul untuk berpindah dari City ke New York dan kembali semula ke liga Perancis,” katanya pada awal tahun ini.

“Saya mempunyai idea yang jelas mengenai apa yang saya mahu capai, dan saya akan pastikan saya membuat keputusan yang tepat untuk sampai ke atas.”

David Beckham mahu Inter Miami menjadi pencabar hebat di MLS

Inter Miami akan memulakan musim sulung MLS mereka pada March tahun hadapan, dan Stadium Fort Lauderdale yang baru yang bernilai £750 juta akan dibuka pada tahun berikutnya.

Beckham telah terlibat dengan kelab yang berpusat di Florida ini sejak tahun 2014, sebaik sahaja bersara di LA Galaxy.

Be the first to comment