Connect with us

Arsenal

Ejen Hector Bellerin sahkan ada kelab Itali berminat mendapatkannya musim hadapan

Published

on

Inter mahukan Hector Bellerin

Pemain pertahanan Arsenal, Hector Bellerin telah menjadi pemain sasaran sebuah kelab Itali.

Ejennya, Alberto Botines mengesahkan berita ini, namun menegaskan Bellerin komited dengan Arsenal. Tetapi dia tidak menolak kemungkinan kelab tersebut perlu bertanya kembali minat pemain Sepanyol tersebut selepas tamat musim ini.

Hector Bellerin dua kali mengetuai pasukan dalam perlawanan peringkat kumpulan Europa League musim ini.

Bellerin baru sahaja kembali dari kecederaan lutut yang serius, tetapi perpindahan ke Serie A mungkin akan menarik minatnya.

“Buat masa ini, dia fokus dengan komitmen pasukannya,” kata Botines kepada Sky Sport Italia.

“Dia baru sahaja pulih dari kecederaan yang teruk dan sedang kembali ke tahap sebenarnya. Dia suka Itali, dan sudah terdapat minat daripada sebuah kelab Itali, tetapi saya tidak boleh mendedahkannya.

“Dia mempunyai kontrak jangka masa panjang dan tidak mudah untuk dia berpindah dari Arsenal. Dia ialah timbalan ketua pasukan. Kita akan lihat bagaimana musim ini berlalu.”

Bellerin telah menjadi pemain kegemaran peminat kelab setelah menyertai Arsenal sejak berusia 16 tahun dari Barcelona.

Juventus dan Napoli antara dua kelab Itali yang pernah menyatakan dengan nyata minat mereka terhadap Bellerin sebelum ini.

Sejak pulih dari kecederaan lututnya, dia sudah membuat lima penampilan bersama skuad senior Arsenal, dan berjaya membuat dua assist setakat ini.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply