Ejen Torreira dedahkan perubahan taktik Arsenal tidak membuatkan bahagia.

Persembahan Lucas Torreira untuk Sampdoria meyakinkan Arsenal untuk melaburkan sejumlah £26 juta untuk membawanya ke Emirates pada tahun 2018.

Sebelum menyertai The Gunners, Napoli adalah salah satu kelab yang berminat dengan pemain tengah kebangsaan Uruguay dan perkara ini disahkan oleh bapa pemain itu sendiri awal tahun ini (mengikut laporan Radio Marte )

Ejen pemain kebangsaan Uruguay itu, Pablo Bentancur kini mendedahkan pasukan Carlo Ancelotti berminat untuk menandatangani kliennya sebelum menyertai The Gunners.

“Benar, Napoli menginginkannya, tetapi ada perbezaan nilai ekonomi dalam tawarannya jika dibandingkan dengan Arsenal,” kata Bentancur kepada Radio Marte, seperti dilaporkan oleh Calciomercato.

Petikan laporan Calciomercato

“Ancelotti sendiri cuba membawanya ke Napoli dan jika rundingan dengan Arsenal gagal, dia akan datang ke Naples, saya berjanji.

“Walau bagaimanapun, Arsenal adalah pilihan kerana bolasepak mereka sesuai dengan kemahirannya. Oleh itu, Torreira memilih bolasepak Inggeris.”

Wakil dari Amerika Selatan itu mengakui pemain beliau tidak gembira selepas kehilangan peluang untuk menyertai kelab yang berpusat di Naples.

“Torreira kecewa apabila dia terlepas peluang untuk menyertai Napoli.

“Mengapa? Kerana dia Uruguay. Untuk memberitahu anda, dia mahu menamatkan kerjayanya di Boca dan Napoli adalah persekitaran yang sangat mirip dengan Boca.

“Destinasi masa depan adalah Naples? Dalam bolasepak apa jua boleh berlaku, “jelas ejen itu.

Unai Emery mengubah kedudukan Torreira musim ini dan laporan yang keluar dari Itali mencadangkan bekas pemain Serie A itu ‘tidak gembira’ dengan keadaannya di Arsenal.

Mengenai keadaan semasa Torreira, Bentancur berkata: “Torreira masih baik di Arsenal, walaupun perubahan peranannya tidak membuatnya gembira, tapi harus dikatakan tahun ini seluruh pasukan juga tidak berada dalam keadan baik.”

Dalam perkembangan terkini, Torreira enggan mengulas mengenai isu perpindahan yang dikaitkan dengan dirinya dan hanya akan bercakap pada Januari nanti.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment