Gandingan dua pemain dalam mencipa gol U23 Arsenal.

Arsenal U23 Vs Southampton U23
Sabtu lalu, skuad bimbingan Steve Bould mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Southampton dalam saingan Liga Perdana 2.

Bagaimanapun nasib berbeza dialami skuad senior apabila sekadar mencapatkan keputusan seri 2-2 menentang Southampton.

Keputusan U23 Arsenal

Pada perlawanan PL2 itu, skuad muda Arsenal mencipta kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Tyreece John-Jules pada minit ke-44.

Kesebelasan utama Arsenal U23: Hein, Swanson, Mavropanos, Clarke (C), Bola, Smith, Olayinka, Cottrell, Tormey, John-Jules, Coyle

Simpanan: Hillson, Olowu, Omole, Medley, McEneff

Jaringan tersebut dilihat cukup menarik hasil gandingan dua pemain muda Arsenal yang semakin meningkat naik, John-Jules dan Cottrell.

Tyreece John Jules

Tyreece John-Jules melepaskan satu percubaan half-volley untuk menjaringkan satu-satunya gol permainan ketika pasukan U23 Steve Bould memenangi perlawanan kedua berturut-turut hujung minggu lalu.

Gol yang dijaringkan penyerang itu dibantu oleh Ben Cottrell, yang dapat melihat ruang terbuka sebelum menghantar bola sangat baik ke kawasan berbahaya untuk John-Jules melakukan penyudah.

Kedua-dua pemain tersebut menampak kemajuan untuk musim ini terutamanya John-Jules, walaupun mengalami kecederaan kira-kira hampir sebulan, namun beliau merupakan penjaring kedua terbanyak (5 gol) buat skuad U23 dibelakang Folarin Balogun yang menjaringkan tujuh gol setakat ini.

Skuad U23 Arsenal ketika ini berada ditangga ketiga Liga Perdana 2 dengan mengumpul 20 mata hasil 11 perlawanan.

Kedudukan PL2
About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment