Connect with us

Arsenal

Guardiola mahu Arteta kekal tetapi mengakui ‘keinginan profesional’ boleh mengubah situasi.

Walaupun mengizinkan Arteta meninggalkan Manchester City, namun Pep Guardiola sebolehnya mahukan pembantu beliau itu kekal bersamanya.

Published

on

Walaupun mengizinkan Arteta meninggalkan Manchester City, namun Pep Guardiola sebolehnya mahukan pembantu beliau itu kekal bersamanya.

Pep Guardiola telah mengakui dia tidak pasti jika Mikel Arteta akan kekal sebagai pembantunya lebih lama setelah laporan mengenai minat Arsenal kuat diperkatakan.

Bekas pemain tengah The Gunners, Arteta menyertai barisan kejurulatihan Guardiola pada 2016 dan dianggap serta diakui sebagai penolong jurulatih yang mempamerkan aksi menyerang dan menguasai saingan domestik bersama Manchester City.

Arteta, yang menghabiskan lima tahun di Arsenal selepas berpindah dari Everton pada 2011, dikaitkan dengan pengambilalihan tampuk pemeritahan The Gunners dari Arsene Wenger pada 2018, sebelum pihak pengurusan kelab memilih untuk melantik Unai Emery.

Advertisement

Walaupun berjaya membawa The Gunners ke final Liga Europa musim lalu, bekas jurulatih Paris Saint-Germain, Emery gagal memberikan sesuatu yang mampu menjamin masa depannya bersama Arsenal.

Ketika ini laporan kuat mengatakan bahawa beliau berada di ambang pemecatan berikutan permulaan yang buruk untuk kempen musim ini.

Arteta sekali lagi dirujuk sebagai calon yang mampu untuk mengambil alih peranan di Emirates sekiranya Emery dipecat.

Dan, sambil menekankan hasratnya untuk Arteta supaya kekal di City, Guardiola mengakui mungkin sukar untuk mengekalkan rakan senegaranya itu sebelum berakhirnya cabaran musim ini.

Advertisement

Emery adalah pengurus Arsenal,” kata Guardiola pada sidang media ketika ditanya mengenai laporan yang mengaitkan Arteta kembali ke Utara London.

Sudah tentu [Arteta] akan menjadi pengurus juga lambat laun, jika saya berada di kedudukannya, seorang penolong jurulatih ketika masih muda [saya mahu menjadi pengurus juga], tetapi sekarang kita akan menamatkan musim ini.

Pada masa akan datang saya tidak tahu apa yang akan berlaku.

Saya ingin [Arteta] kekal bersama kami seboleh-bolehnya. Manchester City mempunyai nilai yang luar biasa untuk seseorang bekerja di kelab ini untuk masa depan, tetapi kehidupan peribadi adalah kehidupan peribadi, keinginan profesional adalah profesional untuk setiap orang.

Advertisement

Semua orang, bukan hanya saya, lebih berpuas hati untuk memilikinya di sini, tetapi apa yang berlaku pada akhir musim, saya tidak tahu.”

Pengendali Manchester City itu turut mengakui bahawa bakat yang dimiliki Arteta dalam bidang pengurusan telah dikesannya seawal mereka mula bergandingan.

Beliau juga mengakui bahawa gandingan dia bersama Arteta membolehkan City mendapat manfaat sebagaimana dikecapi mereka selama ini.

Pun begitu, ketika ini, pengendali Wolves dilaporkan menjadi calon terbaik untuk menggantikan Emery.

Advertisement