Hatrik Gnabry bantu Jerman belasah Ireland Utara

Serge Gnabry merakam hatrik pada pertemuan menentang Ireland Utara

Serge Gnabry yakin Jerman akan ke pusingan akhir Euro 2020 dengan semangat baru selepas dia merekodkan hatrik ketika membantu pasukannya membelasah Ireland Utara 6-1 awal pagi tadi.

Keputusan tersebut (kemenangan Jerman) memastikan mereka kini berada di kedudukan teratas Kumpulan C.

Walaupun sudah mengesahkan tempat ke Euro 2020 awal pagi Ahad lalu apabila menewaskan Belarus, kemenangan besar di Frankfurt bermakna Jerman menamatkan kempen kelayakan dengan dua mata di depan Belanda.

Belanda juga layak minggu lalu manakala Ireland Utara yang berada dikedudukan ketiga, akan ke perlawanan play-offs bagi menentukan tempat ke pusingan akhir Euro 2020.

Gnabry kini mengumpul 13 gol dalam saingan antarabangsa apabila Ireland ditunjukkan gaya permainan terbaik Jerman.

“Kami bermain bola sepak yang sangat bagus,” kata Gnabry yang dikeluarkan pada minit ke-80.

“Kami akan ke pusingan akhir dengan yakin bersama rentetan perlawanan yang bagus.

“Pasukan ini masih muda tetapi kami sudah merasai banyak keseronokan.”

Rakan sepasukannya di Bayern Munich, Leon Goretzka menamatkan saingan dengan dua gol sebelum pemain sayap Dortmund, Julian Brandt mencatat gol keenam Jerman selepas itu.

“Bagi kami, ia seperti Kejohanan Eropah di laman sendiri pada peringkat kumpulan,” kata Goretzka dengan Jerman dijangka bermain tiga saingan awal di Munich dengan Euro 2020 akan dianjurkan 12 bandar utama seluruh Eropah.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment