Henrikh Mkhitaryan “buka cerita” Unai Emery

Pemain perancang Armenia, Henrikh Mkhitaryan telah mengkritik taktik yang dimainkan oleh pengurus Arsenal, Unai Emery.

Dia mendakwa Unai terlebih fokus dengan taktikalnya dan menghalang Mkhi peluang bermain dengan lebih bebas.

Kini, Mkhitaryan sedang bermain di Serie A bersama AS Roma secara kontrak pinjaman sehingga hujung musim.

Dia mendapati masa bermainnya semakin terhad di bawah Emery, dan kini telah bersuara kesilapan yang berlaku di Emirates.

Ketika menjalani temuramah bersama FourFourTwo, pemain bintang negaranya ini menggariskan bagaimana Emery kekal dengan dedikasinya terhadap sesuatu corak permainan.

“Dia lebih memberi perhatian terhadap taktik, maka peranan saya telah berubah,” kata Mkhitaryan.

“Saya mula bermain sebagai seorang pemain sayap, tetapi harus membina permainan bersama pemain tengah defensif. Dan sebab itulah saya tidak dapat menyumbang banyak gol dan assist.

“Saya suka bermain lebih bebas dan bergerak di mana ada ruang, tetapi anda perlu melakukan kerja yang diminta oleh pengurus,” tambahnya.

Mkhitaryan berpindah ke Arsenal pada awal tahun 2018 dari Manchester United, sebagai pemain tukaran untuk Alexis Sanchez berpindah ke Old Trafford.

Pemain yang sudah mempunyai 86 cap negaranya ini berharap dia dapat dapat bermain bolasepak sebanyak mungkin dengan masa yang semakin terhad di peringkat elit.

“Saya sudah berusia 30 tahun (dilahirkan pada 21 Januari 1989) dan saya suka bermain bolasepak, bukan hanya membazir masa dengan duduk di bangku simpanan,” tambahnya lagi.

“Emery dan [Ketua Bolasepak] Raul Sanllehi memberi jaminan bahawa saya pemain yang penting untuk Arsenal, tetapi saya memilih untuk menyertai Roma kerana mereka lebih mempercayai saya.”

Henrikh Mkhitaryan mahu bermain sebanyak mungkin perlawanan bolasepak ketika masih boleh bermain di peringkat elit

Sejak menyertai AS Roma pada awal September lalu, dia sudah bermain empat perlawanan liga, menjaringkan gol pada debutnya ketika menewaskan Sassuolo. Dia juga berjaya membuat satu assist setakat ini.

Mkhi kini sedang menjalani pemulihan dari kecederaan tear abductor muscle yang dialami penghujung September lalu.

Kontrak pinjaman akan berakhir pada penghujung kempen ini, dan Roma tidak meletakkan pilihan untuk membeli di dalam perjanjian tersebut.

Sumber: FourFourTwo

Be the first to comment