Janji Mourinho kepada Tottenham Hotspur.

Jose Mourinho beri ‘amaran’ kepada lawan dengan penampilan baharu Tottenham Hotspur.

Pengendali baharu Tottenham Hotspur, Jose Mourinho menjanjikan ‘semangat sebenar‘ kepada pasukan kendaliannya setelah mengambil alih tugas tersebut daripada Mauricio Pochettino yang dipecat.

Spurs kini bergelut dalam aksi domestik dimana mereka berada di tangga ke-14 liga selepas mengharungi 12 perlawanan.

Bekas pengendali Chelsea, Real Madrid dan Manchester United diumumkan sebagai bos baharu di White Hart Lane beberapa jam selepas pengurus Argentina itu dipecat.

“Saya sangat gembira dan tidak sabar untuk menerima cabaran,” kata Mourinho kepada laman sesawang rasmi Tottenham.

“Apa yang saya boleh janjikan? Semangat, semangat sebenar. Bersemangat untuk tugas, tapi juga bersemangat untuk kelab saya, itulah cara saya sepanjang karier saya.”

Pengendali berusia 56 tahun itu tidak bekerja sejak meninggalkan United Disember lalu dan menandatangani kontrak hingga akhir musim 2022-23 selepas bersetuju dengan apa ditawarkan Spurs.

Kelab berkenaan mara ke final Liga Juara-Juara musim lalu tetapi kini berkedudukan ke-14 Liga Perdana selepas hanya menang tiga kali daripada 12 perlawanan.

Mereka kini 11 mata daripada empat pasukan teratas yang memberikan kelayakan ke kejohanan elit Eropah itu.

“Jelas saya mahu cuba, apa saja untuk memberikan kegembiraan kepada sesiapa yang sayangkan kelab ini,” katanya yang pernah menang gelaran domestik di Portugal, England, Itali dan Sepanyol.

Janji Mourinho itu mengenai semangat yang akan diberikan beliau kepada Spurs bagaikan satu amaran kepada pasukan EPL lain yang bakal ditentang mereka.

Sudah pasti mereka akan tampil lebih garang dan bersemangat selain mahu kembali berada di dalam kelompok teratas liga.

Namun mampukah mereka mencapainya?

Perjalanan liga masih jauh dan ianya tidak mustahil untuk dilaksanakan dicapai.

Manakala Arsenal pula masih lagi menaruh kepercayaan kepada Unai Emery dalam mengembalikan kegemilangan The Gunners.

About MyGooners 881 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment