“Jika saya terpaksa meng’ole’ dia, saya akan lakukan” – Willian.

Luiz Dan Willian
Bintang Chelsea mengatakan dia tidak akan memberi belas kasihan terhadap Arsenal.

Pemain Chelsea, Willian telah memberikan temu bual panjang kepada Globo Esporte dan bercakap mengenai beberapa topik.

Pemain Brazil itu bukan sahaja bercakap mengenai ‘keistimewaan’ bekerja dengan Frank Lampard sebagai pemain dan sebagai pengurus, tetapi juga mengatakan dia berminat untuk memperbaharui kontraknya dengan kelab itu.

Dalam temu bual itu juga, Willian telah berbicara sedikit mengenai David Luiz, yang merupakan bekas rakan sepasukannya di Chelsea dan bersama pasukan kebangsaan Brazil selama bertahun-tahun.

Menjelang pertemuan The Blues menentang Arsenal bulan depan (29 Disember 2019), dia mengatakan bahawa Luiz tidak akan mendapat belas kasihan darinya, untuk kawannya itu.

“Saya telah berhadapan dengannya beberapa kali, dia untuk Chelsea, saya untuk Shakthar, saya untuk Chelsea, dia untuk PSG.

“Kini dia untuk Arsenal.

“Dia seorang saudara yang saya miliki [ada], kita bertemu pada usia lapan tahun.

” Tetapi di padang … tidak ada jalan. Sekiranya saya perlu meng’ole’ dia, saya akan [lakukan]. “

Bermain bersama untuk Chelsea, David Luiz dan Willian telah memenangi gelaran Juara Liga Perdana pada 2017, dua Piala FA pada 2012 dan 2018, serta Liga Europa pada 2019.

Selain daripada jangkaan biasa untuk perlawanan Derby London ini yang menemukan Chelsea dan Arsenal, kami juga menantikan sama ada Willian mampu atau tidak menewaskan David Luiz serta melihat adakah dia mampu meng’ole’ bekas rakan sepasukannya itu.

Dan ini juga satu sebab mengapa untuk melihat dan menyaksikan perlawanan ini.

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment