Jose Mourinho pengurus baru Tottenham Hotspur!

Pengurus Portugal, Jose Mourinho telah dilantik menjadi pengurus baru Tottenham Hotspur menggantikan Mauricio Pochettino.

Jose Mourinho

Bekas pengurus Manchester United dan Chelsea ini telah menandatangani kontrak bersama Spurs sehingga penghujung musim 2023.

Mourinho telah berunding selama beberapa bersama Spurs sebelum kata putus perlantikannya dibuat pada hari ini.

“Saya sungguh teruja untuk menyertai sebuah kelab yang mempunyai warisan yang hebat dan penyokong yang bersemangat. Saya juga teruja dengan kualiti yang ada pada skuad utama dan akademi. Bekerja dengan pemain-pemain menjadi daya penarik saya ke sini,” kata Mourinho.

Perlawanan pertamanya adalah perlawanan PL menentang West Ham United di Stadium London pada Sabtu ini.

REKOD PENGURUSAN JOSE MOURINHO BERSAMA KELAB PL

KelabDariHinggaKejuaraanMSKJumlah perlawananPeratus kemenangan
Manchester United2016-05-272019-12-18067262511856.78%
Chelsea2013-06-032015-12-17882292613759.85%
Chelsea2004-06-022007-09-208124402118567.03%

Pengerusi kelab Daniel Levy berkata dia ‘enggan’ memecat Pochettino, pengurus yang telah membawa Spurs ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lepas, tetapi dia menjelaskan keputusan tersebut dibuat untuk kebaikan kelab.

Mourinho telah memenangi tiga kejuaraan liga bersama Chelsea, dan salah seorang dari tiga pengurus yang berjaya memenangi Liga Juara-Juara Eropah sebanyak dua kali dengan dua kelab yang berbeza. Pertama bersama FC Porto pada tahun 2004, dan kemudian memenanginya bersama Inter Milan pada 2010.

“Kami kini mempunyai salah seorang pengurus paling berjaya dalam bolasepak,” kata Levy.

“Dia mempunyai pengalaman yang luas, boleh memberikan inspirasi kepada pasukan dan seorang yang bijak taktikal. Dia memenangi kejuaraan dalam setiap kelab yang dia uruskan. Kami percaya dia akan memberikan tenaga dan kepercayaan di dalam bilik persalinan.”

Sebelum menerima tawaran Tottenham, Mourinho pernah menolak tawaran dari China, Sepanyol, dan Portugal sejak meninggalkan kerusi panas United pada Disember tahun lepas.

Be the first to comment