Connect with us

Arsenal

Kaitan Nuno Espirito Santo ke Arsenal dinafikan.

Kaitan pengendali Wolves, Nuno Espito Santo ke Arsenal ditolak oleh sumber yang dekat dengan kelabnya, menurut laporan.

Published

on

Kaitan pengendali Wolves, Nuno Espito Santo ke Arsenal ditolak oleh sumber yang dekat dengan kelabnya, menurut laporan.

Semenjak beberapa hari ini, laporan telah mula muncul mengatakan bahawa Arsenal mungkin akan mengambil Nuno Espirito Santo, yang telah mengendalikan Wolverhampton Wanderers selama dua dan setengah tahun untuk menggantikan Unai Emery.

Pengurus itu dengan cepat menjadi kegemaran para bookie dan Daily Mail juga telah mendakwa Arsenal telah menetapkan pilihan mereka terhadap pengendali Wolves.

Pun begitu wartawan The Athletic, Tim Spiers mendakwa menurut pelbagai sumber telah menafikan dakwaan dan hubung kait Arsenal dengan Nuno.

Advertisement

Wartawan tersebut yang bertindak merangkumi perkembangan Wolverhampton Wanderers untuk majikannya turut mengatakan bahawa ianya akan menjadi satu kejutan jika Arsenal sama sekali tidak berminat terhadap Santo.

Namun perkembangan itu tidak lebih daripada itu dengan tiada bahan sokongan mengaitkan dakwaan tersebut ataupun perkembangan lanjut.

Spiers kemudian membuat satu tampalan dengan mengulangi betapa indahnya situasi Santo ketika ini bersama Wolves, dan ia juga akan menjadi satu kejutan untuk melihatnyamenyertai kelab Inggeris yang lain.

Buat masa ini, kelihatan Arsenal tetap bersama dengan Emery, dan dijangkakan Ketua Jurulatih dari Sepanyol itu diberikan sekurang-kurangnya sehingga perlawanan menentang Eintracht Frankfurt dan juga Norwich City minggu ini.

Advertisement

Adalah sukar untuk mempercayai pihak pengurusan Arsenal menyingkirkan Emery jika beliau berjaya mendapat keputusan yang baik dan melayakkan diri ke peringkat kalah mati Liga Europa.

Kedudukan kumpulan F – Liga Europa peringkat kumpulan.

Namun dalam bolasepak, apapun boleh berlaku.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply