Kata-kata Emery selepas pemecatan beliau.

Unai Emery memberikan kata-kata akhir dan ucapannya selepas tidak lagi bergelar Ketua Jurulatih Arsenal.

Beliau turut meluahkan dimana ianya merupakan satu penghormatan untuk diberikan kesempatan bersama Arsenal.

Emery hanya sempat mengendalikan Arsenal selama 18 bulan sahaja walaupun mempunyai kontrak sehingga penghujung musim ini dengan klausa pilihan setahun penyambungan.

Dengan ketiadaan beliau itu, bekas pemain Arsenal iaitu Freddie Ljungberg diberikan peranan Ketua Jurulatih buat sementara waktu sehingga pengganti sebenar ditemui.

Walaupun pemecatan beliau itu mungkin disebabkan pengaruh (desakan dan protest) daripada peminat serta penyokong, namun beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan itu tetap mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan peminat Arsenal sepanjang tempoh beliau berada di Utara London.

Ia merupakan satu penghormatan untuk menjadi Ketua Jurulatih Arsenal.” Jelas Emery sebagaimana dipetik dari laman rasmi Arsenal.

Kepada semua peminat, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua setulus hati saya kerana membantu saya memahami dan merasai kehebatan Arsenal.

Kepada anda semua yang telah menyokong kami dari serata dunia, anda semua yang telah datang ke Emirates, anda semua yang telah bersusah payah berada dalam hujan dan sejuk hanya untuk menyambut saya selepas perlawanan.

Saya ingin memberitahu anda bahawa saya telah bekerja dengan semangat, dengan komitmen dan dengan gigih.

Saya tidak menyukai apa-apa selain daripada mencapai hasil yang lebih baik untuk anda semua.

Saya juga ingin menghantar mesej ucapan terima kasih kepada semua kakitangan Arsenal dengan cara mereka melayan saya.

Terima kasih tidak terhingga kepada setiap pengarah, eksekutif, pekerja, pembantu dan sukarelawan Arsenal.

Khususnya, saya ingin menekankan Ivan Gazidis, yang mengalu-alukan saya ke kelab ini, dan Raul Sanllehi, Edu dan Vinai Venkatesham atas penghormatan, persahabatan dan bantuan mereka.

Sehingga minit terakhir saya telah dilayan dengan penuh hormat dan kejujuran.

Dan tentu saja, saya menyampaikan rasa terima kasih yang ikhlas saya kepada keluarga Kroenke, atas kepercayaan mereka.

“Ia telah menjadi satu setengah tahun penuh emosi, momen-momen hebat dan beberapa yang lain yang juga pahit, tetapi tidak ada satu hari pun telah berlalu tanpa saya berhenti untuk memikirkan betapa bertuahnya saya dapat bekerja untuk kelab ini dengan pemain-pemain ini dan kualiti profesional dan peribadi mereka.

Mereka sentiasa menghormati baju (Arsenal) yang mereka pakai. Mereka berhak mendapat sokongan anda.

Saya telah memiliki banyak pengalaman dalam dunia bolasepak, tetapi saya telah banyak belajar di England, di Liga Perdana, mengenai penghormatan para profesional dan mengenai bolasepak sejati.

Salam sejahtera dari saya.

COYG

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment