Connect with us

Arsenal

Kelab Itali berminat untuk dapatkan pemain kedua Arsenal, tawaran bernilai € 40 juta dijangka dibuat pada bulan Januari.

Published

on

Berikutan situasi yang melanda Granit Xhaka di Arsenal, AC Milan adalah salah satu kelab yang segera dikaitkan dengan pemain Switzerland itu dengan tuntutan mereka boleh membuat langkah untuk menandatanganinya pada Januari.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Tetapi kini nampaknya, Xhaka bukanlah satu-satunya pemain tengah The Gunners yang Rossoneri berminat.
Menurut laporan dari laman web Fichajes hari ini, pihak Itali juga memiliki nama Lucas Torreira sebagai pemain sasaran mereka pada jendela perpindahan kedua nanti.
Milan ketika ini dalam usaha untuk membaiki prestasi pasukan setelah permulaan buruk musim ini dan akan membuat beberapa pelaburan besar untuk mendapatkan beberapa pemain pada Januari ini.
Fichajes berkata Torreira adalah ‘sasaran mengejutkan’ bagi Rossoneri, yang boleh membuat  didapati dengan tawaran sebanyak € 40 juta untuk mendapatkan pemain tengah Uruguay itu.
Torreira pada musim ini masih belum membuat penampilan sebagai pemain yang bermula dalam kesebelasan utama Arsenal di bawah Unai Emery.

Beliau hanya membuat lapan penampilan dalam Liga Perdana musim ini, kebanyakannya bermula dari bangku simpanan.

Advertisement
Dan semalam kami melaporkan bahawa Torreira tidak begitu gembira dengan situasi beliau ketika ini di Emirates dan akan berunding bersama pihak pengurusan minggu depan.
Tetapi, adakah Arsenal akan melepaskan pemain yang ditandatanganinya pada musim lalu kepada AC Milan pada pertengahan musim ini?
Dan adakah ianya berbaloi pada nilai €40 juta (£34.5 juta)?
Untuk rekod, Arsenal membawa masuk Torreira musim lalu daripada Sampdoria setelah membayar £26 juta.
Nilai €40 juta (£34.5 juta) mungkin dilihat menguntungkan Arsenal setelah hanya mengeluarkan belanja sebanyak £26 juta, namun adakah kita mampu mendapatkan pemain baharu berkualiti dengan nilai tersebut?


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply