Kesilapan besar Arsenal berhubung pemecatan Arsene Wenger dan perlantikan penggantinya.

Unai Emery dan Arsene Wenger
ARSENAL tidak sepatutnya membuang Arsene Wenger sepenuhnya daripada kelab.

Perlantikan Unai Emery menggantikan pengurus yang begitu besar dan banyak berjasa kepada kelab, Arsene Wenger bagaikan satu kesilapan dan bagaikan barah yang semakin merebak serta merosakkan Arsenal, hari demi hari ketika ini.

Memang benar Wenger ‘dibuang’ setelah prestasi pasukan ketika dibawah kendaliannya semakin merundum, namun ianya tidak bermakna Arsenal ‘wajib’ menyingkirkan beliau sepenuhnya daripada kelab.

Pendapat penulis, selaku seorang yang begitu ‘taksub’ dengan Wenger, adalah elok sekiranya bekas pengurus pasukan itu diberikan peranan dalam tempoh peralihan penggantinya.

Wenger, walaupun pada hari-hari terakhirnya bersama kelab dilihat gagal membawa pasukan dalam memberikan saingan, namun Arsenal masih seronok untuk ditonton dan masih menghiburkan dengan corak permainan yang dipamerkan.

Cuma, menjadi kesilapan apabila kita memandang kepada keputusan perlawanan.

Dan pendapat ini adalah subjektif dan terpulang kepada masing-masing untuk menilai bagaimana keseronokan sebagai penyokong dalam menyokong pasukan bolasepak kesayangan masing-masing.

Mungkin situasi lebih mudah sekiranya Arsenal melantik individu yang kurang ternama untuk mengemudikan kelab dengan dibantu Wenger (sekiranya diberi peranan dalam tempoh peralihan).

Namun, Arsenal telah melantik Emery yang sudah memiliki ‘nama’ dalam arena bolasepak dan ini mungkin membuatkan keadaan tidak selesa buat mereka berdua bekerjasama.

Sukar untuk kita melihat kedua-dua mereka di Arsenal, melainkan kelab melantik bekas pemain ataupun mereka yang boleh bekerjasama bersama Wenger (sekiranya diberikan peranan).

Penulis tidak merasakan Emery mampu bekerjasama dengan Wenger memandangkan beliau hadir daripada kelab besar Perancis, PSG selain rekod cemerlang dalam saingan Liga Europa.

Emery memenangi Liga Europa sebanyak tiga kali berturut-turut (2013–14, 2014–15, 2015–16)

Sekurang-kurangnya mereka (individu) yang dilantik mampu menerima pendapat dan pandangan Wenger.

Pun begitu, penggunduran Wenger dari kelab juga bukan dalam keadaan yang ‘baik’ dan ini mungkin juga menyukarkan pihak pengurusan untuk memberikan jawatan ataupun peranan kepada beliau.

Melainkan Wenger mengundurkan diri di saat Arsenal berada dipuncak dan khidmat beliau benar-benar memberi kesan (diperlukan).

Namun selepas bersara ataupun mengundurkan diri daripada Arsenal, Wenger dilihat masih berbisa dalam mengalisis perlawanan apabila dijemput menjadi salah seorang pundit bersama beIN Sports.

Penulis begitu kagum dengan ulasan beliau ketika menjadi pundit dan bagaimana beliau mengulas serta mengalisis mengenai sesuatu perlawanan.

Jelas beliau masih memiliki kebolehan dan masih berbisa dalam arena bolasepak dan amat merugikan sekiranya Arsenal tidak menggunakan kelebihan yang ada pada diri The Prof itu.

Mungkin beliau tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapinya secara bersendirian ketika masih menjadi pengurus pasukan Arsenal, namun melihatkan ulasan beliau sebagai pundit, mungkin beliau mampu membantu The Gunners sebagai penasihat.

Dan disini, mungkin terdapat ‘conflict of interest’ sekiranya Wenger dilantik menjadi penasihat kelab (Arsenal), namun penulis percaya sekiranya beliau diberikan peranan dalam sebahagian daripada barisan pengurusan kelab, ianya mungkin banyak membantuk Arsenal dan Emery.

Sudah  pasti juga Wenger mampu bersikap profesional sekiranya menjadi sebahagian daripada Arsenal.

Pengarah Teknikal ataupun Penasihat Arsenal mungkin jawatan yang sesuai buat Wenger, dan ianya bukanlah untuk tempoh yang lama (panjang).

Sebagaimana dikatakan diawal tadi, cukup sekadar untuk tempoh peralihan, semusim ataupun dua musim sehingga Arsenal kembali stabil.

‘Membuang’ Wenger secara menyeluruh menyebabkan Arsenal bagaikan hilang identiti ketika ini dan sedikit sebanyak merugikan kelab.

Lihat sahaja bagaimana ulasan beliau ketika menjadi pundit, kenapa harus kita ‘membuangnya’ sedangkan kita masih mampu menggunakan kepakaran yang ada padanya?

Arsenal ketika ini memiliki empat individu dalam membuat keputusan untuk pembelian pemain.

Empat individu di Arsenal yang membuat bertanggungjawab dalam membuat keputusan mengenai siapakah yang harus dibawa masuk dan siapakan pemain yang harus dibeli bagi mengukuhkan pasukan.

Vinai Venkatesham (Managing Director), Raul Sanllehi (Head of Football), Edu Gaspar (Technical Director) dan Unai Emery (Head Coach).

Adakah Edu mempunyai hubungan yang baik bersama Emery? Adakah Edu memahami kehendak Emery?

Kedua-dua mereka masih baru dikelab walaupun Edu pernah bersama Arsenal sebelum ini sebagai pemain.

Penulis merasakan Arsenal telah melakukan kesilapan dalam pemecatan Wenger dan membuangnya secara menyeluruh dari kelab serta tindakan melantik Emery juga satu kesilapan yang mana ianya turut menghancurkan identiti The Gunners.

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment