Connect with us

Arsenal

“Kita tengok apa yang akan berlaku” – Lucas Torreira.

Published

on

Lucas Torreira tidak mahu ‘biadap’ terhadap kelab dengan ulasan perpindahan beliau.

Pemain tengah Arsenal, Lucas Torreira enggan mengulas tentang spekulasi mengenai masa depannya dengan mengatakan ianya tidak menghormati kelab.

Torreira musim ini telah membuat 15 penampilan dalam semua pertandingan untuk The Gunners dengan sembilan daripadanya adalah untuk aksi Liga Perdana.

Dia bermula hanya dalam empat perlawanan liga dan masih belum membuat penampilan sembilan puluh minit penuh dalam perlawanan liga musim ini.

Advertisement

Perkembangan itu mencetuskan spekulasi bahawa dia tidak berpuas hati dengan Arsenal dan mungkin ingin berpindah pada jendela perpindahan Januari.

Ejen Torreira pula ‘seperti menuangkan minyak tanah ke dalam api‘ dengan ulasan baru-baru ini menyatakan bahawa kliennya tidak puas dengan aspek tertentu dari keadaan semasa di Arsenal.

Torreira kini telah menolak untuk mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut, dengan menyatakan bahawa perbincangan hanya akan diadakan sebaik sahaja Januari tiba.

“Memang ada bercakap mengenai pasukan lain, tetapi saya mahu jujur,” katanya kepada Tiempo de Fútbol.

Advertisement

“Saya tidak dapat bercakap mengenai pasukan lain atau mengulas mengenai pasukan lain.

“Saya akan menghina [ tidak menghormati ] pasukan [ Arsenal ] dan seluruh institusi.

“Arsenal, dari saat pertama saya tiba, memberikan cinta kepada saya dan saya sangat mencintai mereka.

“Saya juga mempunyai hubungan yang baik dengan peminat.

Advertisement

“Sekarang, Arsenal perlukan saya untuk fokus. Saya tidak boleh mula bercakap tentang pasukan lain.

“Saya perlu memberi tumpuan, dan apabila jendela perpindahan tiba, kita akan lihat apa yang berlaku. ”

The Gunners kini mendudukki tangga keenam liga setelah hanya berjaya mencatatkan empat kemenangan dari 12 perlawanan pertama mereka musim ini.

Menduduki tangga keenam liga ketika ini, tekanan terhadap Unai Emery semakin meningkat untuk menyaksikan perubahan segera dilakukan.

Advertisement

Lebih-lebih lagi peluang untuk menduduki dikalangan empat teratas juga dilihat mencabar, setelah dibezakan lapan mata dengan pasukan Man.City yang menghuni tangga keempat liga ketika ini.

Kemenangan terakhir yang dicatatkan Arsenal musim ini adalah pada 6 Oktober lalu apabila menewaskan Bournemouth 1-0 dilaman sendiri.

Persembahan itu jelas menimbulkan kebimbangan besar kepada peminat dan penyokong namun Torreira berharap agar para peminat melihat keseluruhan pasukan untuk jangka panjang.

“Hasilnya [keputusan] tidak begitu positif sejak kebelakangan ini dan kami semakin jauh dari Liga Juara-Juara, yang merupakan salah satu matlamat kami untuk musim ini,” katanya.

Advertisement

“Perkara penting yang perlu diingat ialah musim masih panjang dan masih ada jauh untuk diharungi.

“Kita perlu melakukan perbezaan untuk kembali berada bersama pasukan teratas.

“Pada hari Sabtu, kita mempunyai peluang untuk bermain dilaman sendiri, dan kami harus memenangi tiga mata dalam perlawanan ini , dan kemudian perlawanan selepas itu.

“Ini akan menjadi permulaan baik untuk seluruh pasukan. ”

Advertisement

Ketika ini, beliau turut dikaitkan dengan perpindahan ke Sepanyol dimana Atletico dan Real Madrid dilaporkan berminat terhadapnya.