Kuzain ‘gagal’ sertai skuad B22 negara ke Filipina

Senarai Akhir 20 Pemain Skuad B-22 Kebangsaan Ke Sukan SEA 2019/ Kredit foto : FAM
Wan Kuzain Wan Kamal terlepas peluang ke Sukan SEA 2019 apabila namanya tiada dalam senarai 20 pemain ke temasya di Filipina itu.

Perkembangan itu diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan terbabit, FAM menjelaskan pemain tengah Sporting Kansas City itu tidak dapat disenaraikan berikutan masalah dokumentasi yang tidak dapat diselesaikan sebelum tarikh akhir pendaftaran pemain.

Bagaimanapun Wan Kuzain Wan Kamal dari kelab Kelab Major League Soccer (MLS) Amerika Syarikat, Sporting Kansas City tidak tersenarai kerana masalah dokumentasi tidak dapat diselesaikan sebelum tarikh akhir pendaftaran pemain.

FAM

Skuad B22 yang akan menggalas tugas di Filipina kali ini dibarisi tujuh pemain yang memenangi pingat perak pada Sukan SEA 2017.

Daripada tujuh pemain itu, dua daripadanya iaitu Adam Nor Azlin dan Irfan Zakaria bakal mengisi kuota pemain berusia lebih 22 tahun.

Berikut senarai akhir 20 pemain yang dipilih ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee bagi membawa cabaran Malaysia ke Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina dari 25 November hingga 10 Disember 2019 (dipetik dari laman rasmi FAM).

BIL NAMA UMUR POSISI PASUKAN
1. MUHAMMAD HAZIQ NADZLI 21 GK JOHOR DARUL TA’ZIM
2. MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA 22 MF JOHOR DARUL TA’ZIM
3. MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID 20 FW JOHOR DARUL TA’ZIM
4. ADAM NOR AZLIN * 23* DF JOHOR DARUL TA’ZIM
5. R. DINESH 21 LW PAHANG
6. MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM 21 FW PAHANG
7. M. KOGILESWARAN RAJ 21 FW PAHANG
8. MUHAMAD SHAHRUL NIZAM ROS HASNI 21 DF KELANTAN
9. MUHAMMAD DANIAL HAQIM DRAMAN 21 MF KELANTAN
10. NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT 20 MF KELANTAN
11. LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN 17 FW AMD B-17
12. HARITH HAIQAL ADAM AFKAR 17 DF AMD B-17
13. MUHAMAD UMAR HAKEEM SUHAR REZWAN 17 LW AMD B-17
14. QUENTIN CHENG 20 RW CENTRAL COAST MARINERS B-21
15. MUHAMMAD HADI FAYYADH ABDUL RAZAK 19 FW FAGIANO OKAYAMA
16. MUHAMMAD DANIAL AMIER NORHISHAM 22 MF FELDA UNITED FC
17. MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA * 24* DF KUALA LUMPUR
18. DAMIEN LIM CHIEN KHAI 22 GK PKNS FC
19. DOMINIC TAN JUN JIN 22 DF POLICE TERO FC
20. MUHAMMAD SYAHMI SAFARI 21 RW SELANGOR

Malaysia akan membuka tirai saingan Kumpulan A berdepan Myanmar pada Isnin, 25 November 2019 diikuti perlawanan menentang tuan rumah, Filipina pada Jumaat, 29 November 2019.

KUMPULAN A
#Pasukan PM SKBJ+/-Mt
1  Philippines (H) 0 0 0 0 0 0 0 0
2  Malaysia 0 0 0 0 0 0 0 0
3  Myanmar 0 0 0 0 0 0 0 0
4  Cambodia 0 0 0 0 0 0 0 0
5  Timor-Leste 0 0 0 0 0 0 0 0

Selepas itu, baki dua lagi aksi peringkat kumpulan adalah bertemu Timor-Leste pada Isnin, 2 Disember 2019 dan Kemboja pada Rabu, 4 Disember 2019. Kesemua empat perlawanan ini di Stadium Memorial Rizal, Manila.

Sementara Kumpulan B pula menampilkan juara bertahan Thailand, Indonesia, Vietnam, Laos, Singapura dan Brunei.

KUMPULAN B
#PasukanPMSKBJ+/-Mt
1  Thailand 0 0 0 0 0 0 0 0
2  Indonesia 0 0 0 0 0 0 0 0
3  Vietnam 0 0 0 0 0 0 0 0
4  Laos 0 0 0 0 0 0 0 0
5  Singapore 0 0 0 0 0 0 0 0
6  Brunei 0 0 0 0 0 0 0 0

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke peringakt separuh akhir yang dijadual berlangsung pada 7 Disember 2019.

Manakala perlawanan penentuan pingat gangsa dan aksi final pula dijadualkan berlangsung pada 10 Disember 2019, sehari sebelum upacara penutup Sukan SEA 2019.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment