Lampard tidak mahu dilabelkan sebagai diktator.

Pengendali Chelsea, Frank Lampard berkata sistem denda yang diperkenalkan di Stamford Bridge sejak ketibaannya dipersetujui staf dan pasukan.

Baru-baru ini, tersebar gambar yang memaparkan denda membabitkan nilai besar terhadap mana-mana pemain yang melanggar peraturan di bilik persalinan termasuk denda £20,000 jika lewat menjalani latihan.

Pemain-pemain boleh didenda £500 seminit jika tiba lewat bagi perjumpaan pasukan dengan wang yang dikumpul daripada sistem berkenaan akan disalurkan ke badan amal yang dipilih Chelsea.

Lampard jelas mahukan pemainnya berdisiplin tetapi tidak terlalu tegas dan menjelaskan sistem berkenaan sudah dipersetujui bersama kapten pasukan, Cesar Azpilicueta.

“Saya faham ia mungkin agak keras. Ia tidak keras jika kamu tidak lewat. Ia tiada apa-apa,” kata Lampard (via Football London).

“Saya fikir kami mengutamakan disiplin kerana satu alasan.

“Satu-satunya kebimbangan saya apabila ia diketahui adakah ia membuatkan saya nampak seperti seorang diktator.

Saya tidak. Kami berbincang dengan pemain-pemain dan saya memberikan senarai kepada Azpilicueta apabila kami menetapkan denda.”

Chelsea akan membuat kunjungan ke Etihad bagi pertemuan dengan Manchester City, tengah malam ini dan Lampard berkata penampilannya bersama penyandang juara itu di penghujung kariernya membuka matanya ke arena pengurusan.

“Ia bukan keutamaan saya ketika itu kerana saya tidak kisah dan saya tidak mahu melihat bola lagi,” katanya.

“Saya tidak merasakan yang saya mempunyai masa, dalam minda dan fizikal untuk melakukannya. 

“Tetapi pada satu ketika apabila saya melihat sekitar saya dan melihatnya dari sudut yang berbeza, bukan sebagai pemain, mengenai bagaimana untuk bekerja dengan orang di sekeliling saya, ia berubah.”

About MyGooners 879 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment