Connect with us

Arsenal

Laporan Perlawanan: Arsenal Women 1-0 Liverpool Women

Published

on

Arsenal Women melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan tercorot The FA Women’s Super League, Liverpool Women di Meadow Park pada hujung minggu lepas.

Penjaring gol: Vivianne Miedema ’28

Senarai kesebelasan utama: Manuele Zinsberger (GK), Leah Williamson, Katie McCabe ▼’45 , Lisa Evans, Jennifer Beattie, Kim Little (C), Jordan Nobbs ▼’80 , Jill Roord, Beth Mead, Vivianne Miedema, Danielle van de Donk

Simpanan: Fran Stenson (GK), Viktoria Schnaderbeck , Lia Walti ▲’80, Leonie Maier ▲’45 , Louise Quinn, Ruby Grant, Melisa Filis

Kita bergelut pada awal perlawanan, dan peluang ini hampir digunakan oleh pasukan pelawat untuk mendahului perlawanan.

Becky Jane menghantar bola hasil sepakan percuma ke dalam kotak penalti, dan rakannya Sophie Bradley-Auckland terus membuat percubaan tepat ke arah gawang Arsenal, namun berjaya ditepis keluar oleh Manuela Zinsberger.

Leah Williamson memulakan gerakan untuk gol tunggal perlawanan, dengan menghantar bola kepada Jill Roord yang kemudian pantas membawa bola ke arah kawasan Liverpool, sebelum melorongkan bola kepada Vivianne Miedema, yang tenang melepasi lawannya sebelum merembat bola melepasi Anke Preuss.

Advertisement
Vivianne Miedema meraikan jaringannya menentang Liverpool

Danielle van de Donk hampir menggandakan gol pasukan, namun tidak berjaya menyempurnakan hantaran Lisa Evans dari bahagian sayap, merembat luar dari sasaran dari dalam kotak penalti.

Williamson juga mencuba nasib untuk menjaringkan gol pada awal separuh masa kedua, namun percubaannya dari luar kotak hanya terkena palang gol.

Penyerang antarabangsa England, Beth Mead telah mendapat bola di tepi padang, sebelum memotong masuk ke dalam kawasan kotak penalti dan membuat rembatan melencong ke bucu atas gol, namun tangkas ditepis oleh penjaga gol Liverpool.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Kemenangan ini menempatkan Arsenal di tempat ketiga liga di belakang Chelsea dan Manchester City.

Kedudukan terkini liga The FA Women’s Super League 2019/20

Advertisement