Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

Lars Bender terlibat dalam sejarah baru Liga Juara-Juara Eropah apabila Lokomotiv Moscow lawan Bayer Leverkusen

Published

on

Bayer Leverkusen dan Lokomotiv Moscow telah membuat sejarah baru dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah selepas Lars Bender dimasukkan pada minit ke-90 perlawanan awal pagi tadi.

Bender telah dimasukkan pada minit ke-90 bagi menggantikan Kerem Demirbay, dan ini bermakna pertama kali pasangan kembar bermain untuk kedua-dua pasukan di dalam satu perlawanan dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah.

Ketika Lars menyertai kembarnya Sven untuk pasukan Leverkusen, pasangan kembar dari Russia, Aleksei dan Anton Miranchuk sudah pun berada di atas padang untuk pasukan Lokomotiv Moscow.

Dan kembar Jerman ini meraikan kemenangan 2-0 ke atas Lokomotiv hasil jaringan gol sendiri Rifat Zhemaletdinov (’11) dan Sven Bender (52′).

Advertisement
Sven Bender (kiri) meraikan jaringan golnya menentang Lokomotiv Moscow

Kemenangan ini sangat bermakna untuk Leverkusen (yang kini di tempat ketiga kumpulan D) kerana mereka berjaya merapatkan jarak mata dengan Atletico Madrid (tempat kedua). Hanya satu mata memisahkan mereka dengan tinggal satu perlawanan sahaja lagi untuk menentukan pasukan kedua yang menyertai Juventus ke pusingan seterusnya.

Atletico Madrid tewas 0-1 kepada Juventus dalam perlawanan lain kumpulan D awal pagi tadi.

Lars dan Sven Bender telah bermain 49 perlawanan bersama untuk Bayer Leverkusen, manakala pasangan kembar Miranchuk telah bermain 87 perlawanan bersama untuk Lokomotiv Moscow.

Anton dan Aleksei Miranchuk dilahirkan 17 Oktober 1995 di wilayah Krasnodar, Russia
Lars dan Sven Bender dilahirkan pada 27 April 1989 di Rosenheim, Jerman

Lars juga pernah menentang Sven dalam enam perlawanan Bundesliga ketika Sven mewakili Borussia Dortmund dari musim 2009/10 hingga 2016/17.