Connect with us

Liga Perdana Inggeris

Liverpool bakal sertai Arsenal di kelab elit.

Published

on

Liverpool mampu merekodkan 30 perlawanan tanpa kalah pada hujung minggu ini dan menyertai Arsenal, Chelsea dan Man. City sebagai kelab elit.

The Reds boleh menyertai kelab elit Liga Perdana Inggeris (EPL) pada hari Sabtu ini seandainya mereka berjaya mengelakkan daripada menerima kekalahan ketika menentang Crystal Palace di Selhurst Park.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp telah melepasi 29 perlawanan tanpa kalah bermula musim lalu dengan Manchester City merupakan pasukan terakhir menimbulkan menewaskan mereka pada 3 Januari 2019.

Sekiranya mereka mencatatkan keputusan seri menentang Palace, kelab tersebut akan menjadi hanya pasukan kelima dalam sejarah Liga Perdana yang telah mengharungi 30 perlawanan tanpa kalah.

Advertisement
Pasukan Epl Yang Tidak Terkalah Dalam 30 Perlawanan

City merekodkan 30 perlawanan tanpa kalah bermula dari April 2017 sehingga Januari 2018, dengan Liverpool menamatkan perjalanan mereka tidak terkalah itu pada kemenangan 4-3 di Anfield.

Arsenal pula telah merekodkan pencapain tersebut sebanyak dua kali, dengan kali mengharungi 30 perlawanan tanpa kalah dari Disember 2001 sehingga Oktober 2002.

Kejayaan itu bermula dengan kemenangan ke atas Liverpool dan muncul gelaran juara musim 2001/02 tetapi ditamatkan oleh Wayne Rooney yang berusia 16 tahun yang beraksi bersama Everton.

ARSENAL scored in their 49th consecutive game but lost their unbeaten record as Wayne Rooney’s late goal gave Everton an impressive 2-1 win.Sky sports

Arsenal kemudian membuat rekod baharu paling lama tidak terkalah dalam sejarah EPL, setelah mengharungi satu musim (sepanjang musim) 2003/04 tanpa sebarang kekalahan, dengan 49 perlawanan.

Chelsea menduduki tangga kedua dari segi jumlah rekod perlawanan tidak terkalah dengan 40 perlawanan tanpa kalah di bawah Jose Mourinho bermula Oktober 2004 sehingga Oktober 2005 dalam perjalanan mereka menjulang kejuaraan liga.

Advertisement

Dari satu sudut, kejayaan pasuakan yang mencatatkan 30 perlawanan tanpa kalah, akhirnya muncul juara Liga Perdana Inggeris.

Dan adakah pencapaian Liverpool merekodkan 30 perlawanan tanpa kalah akan diikuti dengan kejayaan menjulang trofi Liga Perdana?

Liverpool kini selesa memimpin EPL dengan perbezaan lapan mata di puncak, hasil 11 kemenangan dan seri satu perlawanan daripada 12 perlawanan liga setakat ini.

Kedudukan carta liga setakat ini.

Advertisement