Lukas Podolski semakin hampir kembali ke Gornik Zabrze

Bekas penyerang Arsenal, Lukas Podolski dikhabarkan semakin hampir menyertai kelab liga utama Poland, Gornik Zabrze.

Pemain yang terkenal dengan kepaduan rembatan kaki kiri ini dikatakan sudah memulakan perbincangan bersama kelab tersebut, yang dia sokong sejak kecil, dan mungkin akan kembali ke tempat kelahirannya sebaik sahaja kontraknya bersama Vissel Kobe tamat.

Lukas Podolski berjaya menawan hati peminat Arsenal dengan jaringan gol yang padu dengan kaki kirinya.

Podolski dilahirkan di Gliwice, sebuah bandar terletak berdekatan dengan Zabrze, dan sering mengatakan mahu mengakhiri karier bermainnya bersama kelab itu.

Menurut sebuah akhbar Polish, Przeglad Sportowy, Podolski kini sedang dalam perbincangan bersama Gornik Zabrze mengenai kemungkinan perpindahan ke sana pada Januari tahun hadapan.

Podolski mempunyai kontrak bersama kelab Jepun, Vissel Kobe sehingga 31 Januari 2020, dan selepas itu dia boleh membuat kepulangan semula ke negara kelahirannya.

Walaubagaimanapun, Podolski masih tidak mahu memberikan maklumbalas apabila ditanya mengenai kepulangan ke Poland pada tahun lepas.

“Saya tidak berkata tidak, tetapi banyak faktor yang akan berlaku nanti.” katanya.

Gornik Zabrze, yang kini berada dalam kedudukan ke-12 Ekstraklasa, sudah sedia maklum akan peluang mereka untuk membawa masuk bekas pemenang Piala Dunia 2014 ini selepas tamat kontaknya di Jepun.

Podolski meninggalkan Poland untuk ke Jerman seawal usia dua tahun. Dia bermain sebanyak 130 caps untuk Jerman dari tahun 2004 – 2017, menjaringkan 49 gol.

Di peringkat kelab, Podolski memulakan kariernya bersama FC Koln (2003/04 – 2005/06 & 2009/10 – 2011/12), sebelum menyertai Bayern Munich (2006/07 – 2008/09), Arsenal (2012/13 – 2014/15), Inter Milan (pinjaman semusim 2014/15), Galatasaray (2015/16 – 2016/17) sebelum menyertai Vissel Kobe.

Podolski sudah bermain 56 permainan untuk Vissel Kobe, menjaringkan 14 gol dan membuat 10 assists setakat ini.

Be the first to comment