Memahami struktur baru Arsenal yang dilakukan oleh Gazidis.

Memahami struktur baru Arsenal yang dilakukan oleh Gazidis. Kredit foto: Le Grove
Semenjak Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis melantik Raul Sanllehi dan Sven Mislintat pada awal musim 2017/18, beliau dikatakan telah merancang untuk melakukan perubahan pada struktur baru Arsenal setelah ketiadaaan Arsene Wenger (bersara).

Nota: Artikel ini dikeluarkan pada 22 Mei 2018 pada laman terdahulu kami (gooners.com) dan diterbitkan kembali di mygooners.my hari ini.

Antara perubahan yang paling ketara dilakukan beliau adalah melantik Raul Sanllehi yang bertindak selaku Ketua Hubungan Bolasepak, satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini dalam struktur bolasepak Arsenal. 

Apa peranan Ketua Hubungan Bolasepak?

Raul Sanllehi sebelum menyertai Arsenal, beliau terlebih dahulu bersama Barcelona dengan menjawat ataupun memegang jawatan selaku Pengarah Bolasepak – Director of Football.

Bersama Arsenal, beliau menjawat jawatan selaku ‘Head of Football Relationship‘ ataupun Ketua Hubungan Bolasepak (jawatan yang sama dengan nama berbeza) yang mana beliau bakal melakukan kerja-kerja diluar padang seperti mengrekrut pemain baharu serta mengendalikan urusan teknikal berkaitan pasukan (pembangunan skuad dan pemain).

Director of Football juga dikenali dengan gelaran ataupun jawatan lain seperti sporting director dimana tugas seseorang yang menjawat jawatan tersebut adalah menjadi orang perantaraan di antara kelab dan pengurus pasukan ataupun ketua jurulatih, namun sehingga kini ianya masih kabur mengenai tugas sebenar jawatan ini serta ianya bergantung bagaimana sesebuah organisasi mahupun kelab serta pasukan itu diuruskan.

Peranan ini termasuklah urusan diluar padang dalam membantu ketua jurulatih ataupun pengurus pasukan bagi meringankan beban mereka yang tidak berkaitan dengan taktikal serta urusan diatas padang.

Ulasan mengenai peranan Director of Football pernah kami ulaskan lebih terperinci pada November tahun lalu dan anda boleh membacanya disini (klik).

Dan anda juga boleh membaca ulasan mengenai bagaimana gandingan dan peranan Sanllehi bersama Mislintat dalam membentuk Arsenal baharu disini (klik).

Mengenai Sven Mislintat selaku ketua pengrekrutan / pengambilan dan pemantau Arsenal (pencarian bakat baharu), sememang tugas dan fungsi beliau sangat jelas sebagai individu yang bertanggungjawab dalam mengenal pasti bakat-bakat baru dan bakat-bakat muda untuk dibawa masuk ke dalam Arsenal.

Dan tugas itu memerlukan beliau (Mislintat) bekerja lebih rapat bersama Ketua Perhubungan Bolasepak iaitu Raul Sanllehi dan juga Ketua Jurulatih / Pengurus pasukan.

Namun menjadi tanda tanya bagaimana ianya dipraktik dalam struktur baharu Arsenal?

Sebelum ini kami telah menceritakan Barisan Belakang Tabir Baharu Arsenal pada Disember tahun lalu dan anda boleh membacanya disini (klik).

Pembaharuan kedua yang dilakukan Gazidis adalah jawatan  Ketua Jurulatih.

Selepas Arsene Wenger tidak lagi menjadi pengurus pasukan dan difahamkan bahawa posisi ataupun jawatan tersebut tidak lagi diwujudkan di Arsenal dengan digantikan dengan jawatan Ketua Jurulatih.

Apa beza Ketua Jurulatih dan Pengurus Pasukan?

Secara dasarnya, dalam struktur persatuan bolasepak, seorang pengurus adalah individu yang mana ianya juga merupakan seorang jurulatih dan nama ataupun penggunaan ‘Pengurus’ lebih digunakan di United Kingdom.

Pengurus pasukan juga bertanggungjawab menguruskan perjalanan kelab bolasepak atau pasukan kebangsaan.

Manakala di seluruh Eropah dan diluar United Kingdom, gelaran tersebut lebih digunakan dengen gelaran ketua jurulatih atau jurulatih utama namun peranan mahupun tugas ketua jurulatih tidaklah seberat tugas seorang pengurus pasukan.

Tugas dan peranan sebenar PENGURUS PASUKAN adalah beliau merupakan sebahagian daripada pasukan bolasepak yang mempunyai kuasa penuh dalam mengurus dan membentuk fungsi pasukan secara keseluruhannya.

Dimana beliau mempunyai kuasa autonomi (hak menentukan atau menguruskan sendiri) untuk memilih kakitangan sokongan dan juga terlibat serta mempunyai kuasa dalam peruntukan bagi menambah / membeli pemain baru jika seseorang pengurus pasukan itu merasakan ianya adalah perlu.

Manakala KETUA JURULATIH pula, hanya bertanggungjawab untuk membentuk pasukan serta memastikan pasukan berada dalam / pada prestasi yang baik ketika perlawanan berdasarkan pemain yang ada ataupun dibekalkan.

Dan ketua jurulatih ini bertanggungjawab dalam melatih pemain mengikut jadual spesifik (kehendak beliau) dalam membentuk pemain-pemain mengikut posisi dan taktikal beliau.

Manakala kerja-kerja pengurusan pasukan pula berada di bawah pihak pengurusan kelab (Board of Director – BOD).

KESIMPULAN

Pengurus Pasukan – individu yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa sepenuhnya dalam mengawal dan menentukan staff (kakitangan), urusan perpindahan pemain serta kontrak pemain dan juga kerja-kerja selaku ketua jurulatih.

Ketua Jurulatih – hanya melatih dan membentuk pasukan dengan tugas dan tanggungjawab lain diuruskan pihak pengurusan kelab.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

Jangka hayat pengurus pasukan lebih lama bersama pasukan / kelab manakala ketua jurulatih lebih singkat masanya bersama pasukan / kelab (erti kata lain ianya senang dipecat).

Berbalik kepada tajuk utama iaitu memahami struktur baru Arsenal yang dilakukan oleh Gazidis.

Dalam pembaharuan yang dijalankan oleh Gazidis, pengurus ataupun ketua jurulatih yang bakal dilantik nanti akan bekerja bersama-sama enam individu utama Arsenal.

  1. Sven Mislintat – Head of recruitment : beliau bakal bekerjasama bersama pengurus/ketua jurulatih yang bakal dilantik dalam mengenalpasti pemain berbakat dalam dan luar negara.
  2. Francis Cagigao – Head of international recruitment : mungkin beliau tidak lama di Arsenal memandangkan kehadiran Mislintat yang kini menguasai penuh urusan scouting secara keseluruhan Arsenal. Tambahan pula kontrak beliau bakal berakhir pada tahun 2020 dengan dikatakan salah sebuah kelab bolasepak Sepanyol berminat untuk melantik beliau selaku ‘director of football’.
  3. Raul Sanllehi – Head of football relations : peranan beliau terlibat dalam urusan perpindahan yang akan mengadakan rundingan, baik dengan pemain mahupun kelab yang terlibat dalam urusan tersebut.
  4. Huss Fahmy – Contract negotiator : berperanan dalam bahagian akhir rundingan iaitu kontrak, termasuk mana-mana aspek undang-undang seperti hak imej dan kepentingan komersial yang lain.
  5. Ivan Gazidis – Chief Executive : bersama Sanllehi dalam melakukan rundingan bersama kelab dan cuba untuk menyelesaikan rundingan (memuktamadkan ataupuan memutuskan rundingan untuk membuatkan ianya berjaya atau tidak).
  6. Stan Kroenke – Majority shareholder : Memberi kata putus dan keputusan akhir setelah keputusan daripada senarai individu 1-5 (diatas) berjaya/telah pun dibuat.

Mengikut laporan, Arteta (ataupun sesiapa) yang bakal dilantik ataupun dipilih nanti akan diberikan tugas selaku Ketua Jurulatih pasukan Arsenal.

But as far I think as the manager title goes, he’s going to be brought in as a coach. Because i don’t think he will conduct all the managerial duties. He will conduct the football duties. And obviously he’s been coaching for some time with Pep Guardiola. Been successful as a coach.

Kevin Campbell

Mislintat yang bertanggungjawab dalam menjalankan pemantauan dan pencarian (scouting) pemain yang dikehendaki dan kemudiannya Sanllehi akan menjalankan tugas beliau untuk melengkapkan proses rundingan serta melengkapkan perpindahan pemain bersama Gazidis dengan dibantu Fahmy.

Sanllehi juga bakal berada disamping Gazidis dalam Jawatankuasa UEFA yang mempunyai hubungan (jaringan) diseluruh Eropah.

Namun kini, Unai Emery telah dipilih dan dilantik menjadi Ketua Jurulatih Arsenal, manakala Raul Sanllehi pula dinaikkan pangkat menjadi Ketua Bolasepak (Head of Football) dan menggantikan peranan Ketua Eksekutif (CEO) yang ditinggalkan Ivan Gazidis.

Melihatkan perkembangan ini, ianya bagaikan satu pembaharuan yang ‘gagal’ dilaksanakan Gazidis dengan ‘kehancuran’ dan kecelaruan peranan pada organisasi Arsenal ketika ini.

Dan Gazidis, individu bertanggungjawab dalam merevolusikan Arsenal Baharu juga tidak lagi bersama Arsenal.

About MyGooners 886 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment