Connect with us

Arsenal

“Mereka ni dah tak boleh nak diajar” – Gary Neville

Published

on

Gary Neville menegaskan bukan Unai Emery sahaja yang patut dipersalahkan atas keterukan pertahanan Arsenal musim ini.

Pengurus Sepanyol tersebut telah dipecat hari ini selepas kelab melalui tujuh perlawanan tanpa kemenangan.

Tetapi Neville percaya kualiti pemain pertahanan di kelab utara London tersebut tidaklah terlalu bagus.

Tahap permainan David Luiz di Arsenal dikritik oleh Gary Neville.

“Saya tidak tahu siapakah yang bertanggungjawab dalam hal pengambilan pemain di Arsenal sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, tetapi jika saya berada di lembaga pengarah, saya akan menghentam mereka selepas melihat situasi kucar-kacir ini.

“Unai Emery tidak sepatutnya memberitahu David Luiz dua atau tiga kali untuk naik lebih atas untuk membuat offside, atau perkara-perkara teruk yang anda lihat dari pemain-pemain pertahanan dan tengah yang lain.

“Anda memikirkan tentang [Granit] Xhaka pada minggu sebelum ini. Emery merupakan seorang yang bermaruah dan anda boleh lihat dari kelakuannya. Ianya sesuatu yang lebih mendalam.

“Dia mungkin sedang bergembira kerana dapat meninggalkan sekumpulan pemain yang hanya berkualiti sederhana.” kata Neville lagi.

Advertisement

The Gunners hanya berjaya mencatat dua clean sheets dalam liga, sambil melepaskan 19 gol hanya dalam 13 perlawanan pertama musim ini.

Dua perlawanan tersebut adalah kemenangan 1-0 ke atas Newcastle United di Stadium St James Park dan 1-0 Bournemouth di Stadium Emirates.

Perlawanan seterus Arsenal adalah menentang Norwich City di Carrow Road pada 30 November 2019.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply