Mesej mendalam Mesut Ozil menjelang pertemuan menentang Leceister

MESUT OZIL telah menghantar mesej yang cukup mendalam menjelang perjalanan Arsenal ke Leicester.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Arsenal akan menentang Leicester City awal pagi esok (malam ini) jam 1.30 pagi waktu Malaysia.
Lawan The Gunners, Foxes yang dibimbing Brendan Rodgers berada dikedudukan lebih baik berbanding pasukan kendalian Unai Emery ketika ini.
Leicester berada ditangga ketiga dalam Liga Perdana Inggeris, enam mata di hadapan pencabar mereka malam ini, Arsenal yang menghuni tangga kelima dengan mengumpul 17 mata.
Kemenangan Arsenal malam ini (pagi esok) sudah pasti merapatkan jurang perbezaan mata  dengan lawan mereka seterusnya kembali bernafas dalam perebutan dikalangan empat teratas liga.
Dan perlawanan ini, yang mana ianya boleh diibaratkan perlawanan penting Emery setelah desas-desus mengatakan beliau akan dipecat sekiranya mencatatkan keputusan yang tidak memuaskan, pastinya beliau mahukan kemenangan.
Untuk itu, pasti beliau menurunkan barisan terbaik The Gunners setelah kecewa pada perlawanan Liga Europa (sekadar mencatatkan keputusan seri, 1-1 menentang Vitoria), setelah merehatkan beberapa pemain utama.
Salah seorang pemain yang mungkin berada dalam skuad Emery yang akan berkunjung ke King Power, adalah Mesut Ozil.
Ozil setakat ini (musim ini) baru membuat dua penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan aksi terakhir beliau adalah ketika perlawanan menentang Wolves minggu lalu.
Dengan hanya membuat empat penampilan secara keseluruhan musim ini dalam kesemua pertandingan, khidmat Ozil begitu dirindui dikalangan peminat dan penyokong Arsenal ketika ini.

.tg {border-collapse:collapse;border-spacing:0;}
.tg td{font-family:Arial, sans-serif;font-size:14px;padding:10px 5px;border-style:solid;border-width:1px;overflow:hidden;word-break:normal;border-color:black;}
.tg th{font-family:Arial, sans-serif;font-size:14px;font-weight:normal;padding:10px 5px;border-style:solid;border-width:1px;overflow:hidden;word-break:normal;border-color:black;}
.tg .tg-dhcg{font-weight:bold;background-color:#9a0000;color:#ffffff;border-color:#ffccc9;text-align:left;vertical-align:top}
.tg .tg-3eeq{border-color:#ffccc9;text-align:center;vertical-align:top}
.tg .tg-gpog{border-color:#ffccc9;text-align:left;vertical-align:top}
@media screen and (max-width: 767px) {.tg {width: auto !important;}.tg col {width: auto !important;}.tg-wrap {overflow-x: auto;-webkit-overflow-scrolling: touch;}}

Saingan 2019/20 Penampilan Jaringan Bantuan Minit Beraksi
Premier League 2 161′
EFL Cup 2 1 136′

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dan menjelang perlawanan malam ini, kelibat beliau masih samar sama ada akan digunakan atau tidak oleh Emery.

Ozil bagaimanapun telah menghantar mesej mendalam sebagaimana di muat naik di laman sosial beliau dan mesej tersebut sememangnya sukar untuk difahami melainkan beliau sendiri.

“Jangan biarkan sesiapa atau apa-apa merosakkan mood anda,” tulisnya dilaman sosial Twitter dengan tambahan: “Bersama saudaraku @Shkodranmustafi @ sead6.”
Tampalan itu di muat naik Ozil sehari selepas salah suspek yang terlibat dalam percubaan merompak terhadap dirinya dan Kolasinac dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun.

Sebelum memuat naik status tersebut, Ozil turut memberikan satu lagi mesej mendalam.

“Apabila anda berdoa, jangan risau tentang bagaimana Allah akan melakukannya, hanya percayakan yang Dia kehendaki.”

Manakala Emery pula apabila ditanya sama ada Ozil akan bermain dalam perlawanan menentang Leceister atau tidak, beliau telah memberikan bayangan bahawa perkara itu boleh berlaku.

“Dia berlatih dengan baik dan saya rasa dia kini konsisten dalam latihan, dia juga membantu dan positif,” katanya.
“Saya fikir dia mempunyai kemungkinan untuk bermain esok.”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

About barchunk 23 Articles
Just see Arsenal playing a beautiful game called Football. Suka minum kopi tanpa gula sambil membaca komik One Piece. Boom!!! Gollll dok staram!

Be the first to comment