Minat Arsenal dan Liverpool pada pemain muda terus diperkatakan.

Arsenal dan Liverpool terus dikaitkan dengan pemain muda Red Bull Salzburg, Karim Adeyemi dengan kelab lain menafikan telah membuat tawaran.

Pada 7 November, Transfer Market mendakwa Arsenal dan Liverpool berminat terhadap pemain Red Bull Salzburg, Karim Adeyemi, kini dipinjamkan dan beraksi bersama kelab FC Liefering yang bersaing di peringkat kedua tertinggi bolasepak Austria.

Laman web yang sama minggu ini sekali lagi menyuarakan minat dari The Gunners dan pemenang Liga Juara-Juara serta turut melaporkan kisah mengenai usaha Barcelona yang gagal untuk menandatangani pemain berusia 17 tahun itu.

Karim Adeyemi (tengah).

Ia mendakwa pemenang La Liga itu telah mengemukakan tawaran €15 juta untuk menandatangani pemain muda itu, namun ianya ditolak oleh Salzburg.

Wartawan Mundo Deportivo, Miguel melihat dakwan yang dibuat oleh Transfer Market yang mana Salzburg telah menolak tawaran €15 juta dari Barcelona dan mengulas dalam laporannya.

Miguel menyatakan sumber dari Camp Nou menafikan membuat tawaran untuk Adeyemi, tetapi mengakui berminat terhadap pemain itu.

Dengan Barca jelas tidak melakukan sebarang tawaran untuk menandatangani Adeyemi (sebagaimana didedahkan Mundo), ia boleh memberi kelegaan dan semangat untuk Arsenal dan Liverpool, jika mereka benar-benar berminat untuk menandatangani penyerang muda itu.

Namun seandainya dakwaan mengenai tawaran yang dibuat Barca itu salah, maka kemungkinan perkara yang sama mengenai minat dari kelab-kelab Inggeris itu tetap benar.

Pun begitu, Transfer Market turut menambah Borussia Dortmund juga memantau perkembangan Adeyemi dan telah membuat hubungan awal dengan pemain itu sebagai persiapan berpontensi untuk menggantikan Jadon Sancho.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

1 Trackback / Pingback

  1. Arsenal mampu tawarkan €10 juta untuk Karim Adeyemi.