Connect with us

Arsenal

Nasib Kuzain bakal diketahui hari ini.

Published

on

Teka-teki mengenai nasib pemain pemain tengah kelahiran Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal dapat bersama skuad Bawah 22 tahun negara (B-22) ke Sukan SEA 2019, bakal diketahui hari ini.

September lalu, Wan Kuzain telah menyatakan hasrat dan kesediannya untuk bermain bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Sukan SEA 2019.

“Sebelum ini, dia (Wan Kuzain) tidak berminat tetapi baru-baru ini, dia telah menyatakan hasratnya kepada Kim Swee untuk bermain.

“Jadi, kita tengah membuat persiapan untuk membawanya ke Malaysia bagi bermain sama ada untuk pasukan Malaysia (Harimau Malaya) atau B-23 tahun,” katanya selepas perasmian Ibu Pejabat Johor Darul Ta’zim (JDT) di Gelang Patah (dipetik dari Stadium Astro – 4 September 2019).

Bagaimanapun dalam perkembangan terkini, Berita Harian semalam (21 September) melaporkan bahawa nasib pemain ini bakal diketahui hari ini sama ada beliau akan bersama skuad Datuk Ong Kim Swee ataupun tidak.

Advertisement

Menurut laporan itu, Datuk Ong Kim Swee menjelaskan senarai 20 pemain ke temasya dwitahunan itu hanya akan diumumkan tengahari hari ini selepas penilaian dibuat bersama barisan kejurulatihan yang lain.

Penjelasan itu dibuat selepas selesai sesi latihan skuad B-22 menguji dua pasukan dari Australia iaitu Western Australia dan Northern Territory pada setiap babak namun Wan Kuzain tidak diturunkan pada aksi terbabit.

“Pada sesi latihan, Kuzain menunjukkan persefahaman di dalam dan luar padang yang cukup baik namun buat masa ini, masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan sebelum waktu akhir pendaftaran 20 pemain.

“Kalau semuanya berjalan lancar, kita akan dapat senaraikan Kuzain namun kalau tidak, kita terpaksa lupakan khidmatnya.

Advertisement

“Kita tunggu senarai esok sama ada dia dapat bersama kita ataupun tidak,” katanya pada sesi latihan di Arena Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), hari ini.

Berita Harian (21 September 2019)

Semoga yang terbaik buat Kuzain dan OKS serta skuad kebangsaan Malaysia.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply