Connect with us

Arsenal

Nuno Santo buka mulut mengenai spekulasi ke Arsenal.

Dengan Unai Emery di ambang pemecatan, pengendali Wolves itu begitu kuat dikatakan sebagai penggantinya di Emirates.

Published

on

Dengan Unai Emery di ambang pemecatan, pengendali Wolves itu begitu kuat dikatakan sebagai penggantinya di Emirates.

Nuno Espirito Santo menegaskan bahawa dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai spekulasi yang mengaitkan dirinya sebagai pengurus baharu Arsenal.

Malah beliau turut berpendapat ianya bagaikan tidak menghormati pengurus Arsenal sekiranya dia bercakap mengenai perkara itu.

Pengendali berusia 45 tahun itu merupakan individu bertanggungjawab dalam membawa Wolves ke Liga Perdana musim lalu setelah muncul juara bagi saingan kedua tertinggi Liga Inggeris – EFL Championship pada musim sebelumnya (2017/18).

Advertisement
Nuno Espirito Santo, calon kegemaran untuk menggantikan Emery di Arsenal.

Malah Santo juga turut berjaya membawa Wolve ke Liga Europa selepas menamatkan saingan liga musim lalu ditangga ketujuh yang merupakan musim pertama beraksi di saingan tertinggi Liga Inggeris.

Manakala Emery pula sedang bergelut dengan prestasi pasukan yang memasuki musim kedua dan semakin terdesak untuk menyelamatkan peranannya bersama Arsenal.

Kekalahan terhadap Eintracht Frankfurt esok boleh mengakhiri kesudahan bekas pengendali PSG dan Sevilla dengan BBC mengesahkan Nuno adalah calon utama untuk menggantikannya.

Menjawab spekulasi yang berlaku menjelang pertembungan Liga Europa Wolves menentang Braga, Nuno berkata: “Saya fikir anda tahu saya dengan cukup baik dan anda tahu bahawa saya tidak akan menjawabnya.

Saya tidak akan pernah menyebut isu yang bukan realiti. Terutamanya kerana tugas itu mempunyai pengurus di dalamnya. Ia akan menjadi tidak sopan.

Advertisement

Ditanya sama ada dia gembira bersama Wolves, yang mencatatkan keputusan seri 1-1 di Emirates awal bulan ini dan kini berada tiga tangga di atas Arsenal dalam carta Liga Perdana, dia menambahkan: “Saya rasa kita melakukan OK.

Ia memerlukan banyak kerja dan setiap hari adalah peluang untuk memperbaiki dan ini adalah apa yang kita mahu lakukan bersama-sama.

“[Khabar angin] bukanlah gangguan. Anda mengenali saya. Saya tidak bercakap tentang jika, saya tidak bercakap mengenai kemungkinan, saya tidak bercakap tentang perkara yang tidak benar. “

Sementara itu, Emery masih percaya dia mempunyai apa yang diperlukan untuk memulakan kebangkitan Arsenal.

Sebagai jurulatih, setiap saat dalam karier saya begitu sukar. Ini kerja yang sangat baik, tetapi sangat sukar.

Advertisement

Apabila anda menang, anda dapat merasai sokongan daripada semua orang, tetapi apabila anda tidak menang seperti dalam perlawanan terakhir, anda mempunyai beberapa keraguan.

Sungguh, saya percaya terhadap kami, para pemain dan kumpulan. Saya tahu saya akan bekerja keras untuk kembali dengan prestasi ini dan mengambil kembali keyakinan yang kita perlukan sekarang.

Setiap perlawanan adalah peluang yang sangat baik. Momen-momen yang baik dan buruk datang dan pergi, tapi yang paling penting bagi saya adalah untuk menunjukkan kerja saya dan kemampuan kita.”

Advertisement