Pemain bolasepak Indonesia termakan babi di Sukan SEA

Kontroversi Sukan SEA 2019 Filipina.
Walaupun Sukan SEA ke-30 Filipina hanya bermula secara rasmi pada 30 November hingga 11 Disember 2019, namun pihak tuan rumah terus mencipta kontroversi dalam penganjurannya kali ini.

Sebelum ini kecoh mengenai persiapan tuan rumah dalam menyediakan venue perlawanan bolasepak yang dikatakan masih belum sedia untuk digunakan.

Sejak beberapa hari lalu media tempatan dan antarabangsa telah melaporkan masalah yang dihadapi oleh beberapa pasukan, termasuklah pasukan bolasepak wanita Filipina yang menghadapi masalah logistik.

Turut menghadapi masalah logistik dan penempatan ialah pasukan bolasepak lelaki Timor Leste, Kemboja dan Thailand.

Media melaporkan bahawa Thailand menghadapi masalah kerana tiga orang ditempatkan dalam bilik hotel yang hanya muat dua orang, selain terpaksa membatalkan latihan di Stadium Bolasepak Binan kerana kesesakan lalulintas serta lokasi yang begitu jauh.

Portal berita South China Morning Post (SCMP) semalam melaporkan atlet beragama Islam merungut kerana berdepan masalah kekurangan bekalan makanan halal di kejohanan terbesar Asia Tenggara itu.

Laporan tersebut menyebut pegawai Suruhanjaya Kebangsaan untuk Muslim Filipina (NCFM), Ramadan Aguan, mengatakan pihak penganjur tidak mengendahkan permintaan mereka untuk menghidangkan makanan halal yang mencukupi kepada para peserta beragama Islam yang hadir ke negara itu.

Terbaru, kecuaian ataupun sikap tidak endah pihak penganjur temasya dwitahunan itu menyebabkan ada pemain bolasepak Indonesia termakan daging babi gara-gara tiada makluman mengenai status halal atau haram makanan yang dihidangkan.

Sebelumnya, laporan Maki Pulido yang dilansir GMANews menyebut, personel Timnas Indonesia tak sengaja mengonsumsi daging babi. Ini terjadi karena tak ada informasi yang jelas dari Panitia Penyelenggara Pertandingan Olahraga Asia Tenggara Filipina (PHISGOC).

CNN Indonesia

Kegagalan pihak tuan rumah kali ini dalam menyediakan kemudahan dan juga makanan yang memenuhi tuntutan wakil-wakil (negara) yang bertanding bukan saja memberi kesan kepada atlet yang bertanding, malah ianya turut dirasai pengamal media yang bertugas untuk membuat liputan.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment