Pendapat: Siapakah pengganti Unai Emery, calon manakah pilihan Raul Sanllehi

KETUA Bolasepak Arsenal, Raul Sanllehi merupakan individu bertanggungjawab dalam melakukan perubahan kepada The Gunners.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ketika Raul Sanllehi meninggalkan Barcelona untuk Arsenal pada Disember 2017, peranan awalnya bersama The Gunners adalah Ketua Hubungan Bolasepak.
Itu adalah ketika Arsene Wenger masih menjadi pengurus pasukan dan Ivan Gazidis masih menjadi CEO kelab.
Pelantikan Sanllehi merupakan langkah besar pertama Arsenal dalam mempersiapkan diri tanpa pengurus legenda, Wenger yang telah banyak melakukan perubahan terhadap The Gunners sehinggakan menjadi salah sebuah kelab ternama dan disengani di pentas Eropah.
Ketika era Wenger, beliau merupakan individu yang menentukan (hampir kesemua) keputusan berkaitan kelab terutamanya berkaitan pemain-pemain yang bakal dibeli atau dibawa masuk, termasuklah hala tuju kelab.
Pengendali Perancis itu adalah kejayaan besar The Gunners, mengumpul 10 trofi utama dalam tempoh 22 musim di Utara London.
Legasi yang ditinggalkan Wenger cukup terkesan, bukan kerana jumlah trofi yang dimilikinya, tetapi kerana corak permainan dan bagaimana Arsenal di uruskan sehingga berjaya menjadi kelab berpengaruh di dunia.
Walaupun memiliki kejayaan tersebut, namun tempoh dan jodoh Wenger bersama kelab yang dicintainya akhirnya menemui titik noktah selepas berakhirnya kempen 2017/18.
Perpisahan yang dijangka itu bagaimanapun turut mengundang perasaan ‘cuak’ dan gugup mengenai masa depan kelab yang stabil setelah ketiadaan Wenger.
Berikutan pemergian Wenger, Gazidis pada asalnya sepatutnya menjadi penghubung utama antara rejim lama dan darah baru, namun beliau juga meninggalkan kelab pada 2018, hanya empat bulan selepas Wenger bersara.
Dan ini merupakan satu rahmat buat Sanllehi, kerana kekosongan tersebut sudah tentu memberi peluang kenaikan pangkat sengera.
Dengan Gazidis menyertai AC Milan, segala urusan penting Arsenal mula jatuh ke tangannya, beliau mula menjadi individu penting di Emirates.
Sanllehi telah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Bolasepak, sementara Vinai Venkatesham, yang sebelum ini Ketua Komersial, telah dilantik sebagai Pengarah Urusan di Arsenal.
Gandingan mereka berdua dilihat sebagai satu tindakan bijak kerana sebelum ini Wenger bagaikan berseorangan, bertanggungjawab dalam membuat keputusan mengenai kelab.
Dengan struktur baru ini, tugas dan urusan dipecahkan kepada dua individu tersebut dan sudah pasti mereka berdua sepatutnya lebih cemerlang dalam merangka serta melaksanakan rancangan pembaharuan kelab.
Bersama Sanllehi dan Venkatesham, Arsenal turut menambah baik organisasi kelab dengan pelantikan Edu Gaspar sebagai Pengarah Teknikal pada musim panas tahun ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kini The Gunners memiliki sebuah kumpulan yang padu dan mereka bertiga ini bertanggungjawab dalam membuat keputusan dalam mencipta keajaiban di Arsenal dengan diketuai Sanllehi dan dibantu Venkatesham serta Edu Gaspar.
Arsenal memulakan musim ini dengan rentak yang sangat perlahan, berikutan kekalahan yang begitu mengecewakan, setelah tewas 4-1 kepada Chelsea dalam Final Liga Europa pada bulan Mei.
Ramai berpendapat bahawa The Gunners musim ini hanya mempunyai dana terhad untuk memperbaiki skuad.
Sanllehi jelas tidak terancam dengan desakan penyokong mengenai kegusaran kuasa membeli Arsenal setelah sekali lagi gagal beraksi dalam saingan tertinggi bolasepak Eropah, Liga Juara-Juara musim ini.
Dan perkembangan itu pasti menyebabkan Arsenal gagal memikat pemain-pemain ternama dalam memperkukuhkan skuad Unai Emery.
Walaupun laporan tentang bajet perpindahan musim panas The Gunners hanya pada sekitar £45 juta, namun Arsenal berjaya memecahkan rekod perpindahan termahal yang pernah dilakukan kelab apabila melengkapkan perjanjian berjumlah £72 juta bagi mendapatkan Nicolas Pepe musim ini.
Sanllehi bukan hanya berjaya menyelesaikan ‘halangan’ yang melanda Arsenal selama ini dalam menandatangi pemain ternama dan mahal, malah beliau turut berjaya mendapatkan pemain muda berbakat besar, William Saliba (£27 juta), Kieran Tierney (£25 juta) dan pertahanan veteran, David Luiz (£8 juta).
Akhirnya jendela perpindahan musim panas tahun ini merupakan jendela perpindahan terbaik yang pernah dicatatkan ataupun dilakukan Arsenal, membelanjakan melebihi £100 juta buat kali pertamanya dalam sejarah kelab.
Sanllehi, selain berjaya membawa masuk pemain berprofil tinggi dan berbelanja besar, beliau juga melakukan tindakan ‘besar’ apabila membuat keputusan untuk melepaskan Alex Iwobi ke Everton pada nilai yang juga cukup besar, sekitar £35 juta.
Iwobi, pemain yang telah lama bersama kelab, sejak berusia enam tahun, dilihat sebagai pemain yang berbakat dan berpotensi dalam beberapa musim terakhirnya bersama kelab.
Pemain yang dilahirkan dari akademi kelab, stabil dan disukai ramai, sudah pasti tindakan ini tidak akan dilakukan (menjual) sekiranya rejim lama masih berkuasa.
Jelas sekali kehadiran Sanllehi bersama ‘kuasa barunya’ mampu memberikan dan melakukan sesuatu yang menakjubkan serta diluar jangkaan.
Walau bagaimanapun, disebalik ‘keganasan’ tindakan Sanllehi, baik dalam urusan pembelian mahupun penjualan pemain, boleh dikatakan ini adalah apa yang diperlukan untuk membawa Arsenal ke peringkat seterusnya.
Arsenal telah mengalami beberapa detik sukar dalam beberapa tahun kebelakangan ini, baik di padang, mereka gagal mencapai tempat untuk berada dikalangan empat teratas liga untuk tiga musim terakhir.
Jauh dari padang, pelbagai perkara berlaku di belakang tabir dengan beberapa individu telah meninggalkan kelab ataupun di’tinggalkan’ baik secara mengejutkan ataupun tidak.
Dengan rejim baharu Arsenal ini, mereka dilihat tidak begitu ‘takut’ untuk mengambil risiko dalam melakukan beberapa langkah besar dan drastik , untuk menuju ke arah yang betul.
Pun begitu, prestasi semasa Asenal dibawah kendali Unai Emery ketika ini sudah pasti membuatkan kita semua tertanya-tanya mengenai masa depan pengendali tersebut.
Adakah Sanllehi begitu berani untuk menasihati pihak ahli lembaga kelab (BOD) untuk menyingkirkan Emery?
Sanllehi walaupun begitu ‘berkuasa’ namun soal pemecatan Emery masih tertakluk kepada keputusan akhir BOD dan Emery difahamkan mempunyai kontrak 2+1, dua tahun kontrak dengan setahun pilihan untuk menyambung kontrak tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Salah satu syarat untuk Arsenal mengaktifkan pilihan setahun penyambungan itu adalah sekiranya Emery berjaya membawa The Gunners ke Liga Juara-Juara musim depan.
Emery dalam satu kenyataan mengatakan selepas kekalaha terhadap Leicester, meminta semua pihak bersabar dengan kerja-kerja yang dilakukannya dalam memperbaiki Arsenal.

Malahan beliau turut mengatakan bahawa Arsenal kini memiliki pemain muda yang berbakat dan berkembang bersama mereka.

Secara logiknya, bagaimana dengan tempoh setahun sahaja lagi tinggal, Emery mampu meyakinkan pihak BOD Arsenal dengan perancangannya bersama pemain muda?
Dan kedudukan terkini Arsenal yang semakin jauh ditinggalkan daripada kelompok empat teratas, menyukarkan lagi beliau untuk membawa The Gunners ke UCL musim depan.
Adakah rekod menjuarai Liga Europa dimilikinya mampu membawa Arsenal menjuarai Liga Europa kali ini dan dengan itu berjaya membawa Arsenal ke UCL musim depan?
Sanllehi, telah berbelanja besar dalam membantu Emery untuk membentuk sebuah pasukan berdaya saing musim ini.
Namun hasilnya tidaklah begitu memberangsangkan, jauh sekali untuk mengatakan ianya berbaloi dengan pembelian pemain yang dilakukan musim ini.
Daripada menjadi musim perpindahan yang terbaik yang pernah dilakukan Arsenal, ianya kini menjadi satu mimpi ngeri buat peminat dan penyokong The Gunners.
Ketika ini, khabar angin begitu kencang mengatakan bahawa Sanllehi sedang berunding bersama bekas pengendali Barcelona, Luis Enrique.
Walaupun ianya sukar untuk dipercayai, namun mengambil kira tempoh Sanllehi berada di Sepanyol, sudah tentu ianya sedikit sebanyak boleh dipercayai (walaupun tidak boleh dipercayai).
Berdasarkan tindakan Sanllehi berjaya membawa pemain ternama dan berprofil tinggi, tidak mengejutkan jika beliau berjaya membawa pengendali berprofil tinggi untuk Arsenal.
Namun, mungkin ianya terjadi pada penghujung musim ini dengan berakhirnya kontrak Emery tanpa mengaktifkan pilihan penyambungan setahun itu.
Kelab hebat hanya untuk pengendali hebat.
Pun begitu, berapa besar kerosakan yang akan dilakukan Emery sebelum ianya digantikan?
Adakah kita semua bakal tersakiti?


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

About Barchunk 32 Articles
Just see Arsenal playing a beautiful game called Football. Suka minum kopi tanpa gula sambil membaca komik One Piece. Boom!!!

Be the first to comment