Penyokong Eintracht Frankfurt tidak dibenarkan hadir perlawanan Arsenal.

PENYOKONG Eintracht Frankfurt gagal dalam rayuan mereka berhubung larangan daripada menghadiri perlawanan Liga Europa menentang Arsenal, selepas UEFA mengekalkan pertuduhan membuang objek dan menyebabkan kerosakan ketika pertemuan mereka menentang Vitoria.

Vitória Guimaraes vs Eintracht Frankfurt 03.10.2019

Kelab Bundesliga itu telah didakwa oleh badan pentadbir UEFA berikutan insiden semasa perlawanan Kumpulan F menentang Vitoria di Portugal.

Pada perlawanan tersebut, tindakan peminat dan penyokong mereka yang melakukan kesalahan membaling objek, gangguan terhadap orang awam, tindakan merosakan harta benda dan menyebabkan perlawanan lewat dimulakan, akhirnya diputuskan bersalah oleh UEFA.

Frankfurt sebelum ini telah pun dikenakan hukuman penggantungan, dan perkembangan ini menyebabkan pihak UEFA tidak teragak-agak untuk mengenakan larangan penjualan tiket untuk perlawanan di London pada 28 November (bagi peminat dan penyokong mereka ) serta satu perlawanan di peringkat Eropah, sebagai tambahan hukuman tersebut.

Mereka (peminat dan penyokong) Frankfurt bagaimana pun membuat rayuan terhadap keputusan itu, tetapi ia tidak berjaya.

The appeal of Eintracht Frankfurt against the judgement of the UEFA Control, Ethics and Disciplinary Commission of 17 October 2019 was rejected by the competent chamber last night,’ a club statement read. As a result, the ‘cut-off penalty’ for the game at Arsenal FC on 28 November in London continues.

About MyGooners 879 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment