Perbezaan Jose Mourinho dan Unai Emery dalam sidang media.

Mourinho jelas lebih berkarisma berbanding Emery
Jose Mourinho yang baru dilantik menjadi pengendali Spurs ternyata lebih berkarisma berbanding pengendali Arsenal, Unai Emery.

Bukan niat untuk mengagungkan Mourinho ataupun memuji beliau, namun melihatkan kepada sidang media pertama beliau mengenai perlantikan dirinya sebagai pengendali Spurs, penulis merasakan ianya begitu berbeza dengan Emery.

Arsenal sememangnya sebuah kelab besar yang digeruni dan dihormati diperingkat tertinggi Eropah walaupun gagal memenangi trofi Liga Juara-Juara (setakat ini).

Manakala Spurs masih lagi dibayangi dengan kehebatan Arsenal dan masih gagal mengatasi dari segala aspek, jika dibandingkan kedua-dua kelab ini.

Pun begitu, perlantikan Mourinho membuatkan penulis mengakui yang sememangnya beliau memiliki karekter tersendiri serta ‘winning mentality’ yang mana ianya tidak ada pada Emery.

Penulis bukanlah seorang yang meminati Mourinho dan tidak pernah menganggapnya sebagai salah seorang pengurus terhebat dunia.

Namun dalam sidang medianya, jelas ianya mencerminkan bahawa beliau adalah salah seorang antara pengurus terbaik dunia.

Menjelang pertemuan menentang West Ham, Mourinho telah memberikan kata-kata semangat yang bagi penulis begitu terkesan sekali.

Beliau berikrar untuk membawa Tottenham menjulang trofi dan menghadiahkan Harry Kane pengiktirafan yang sepatutnya.

Mourinho mengatakan sesuatu kepada Harry Kane pada sesi latihan Hotspur Way. Kredit gambar: Tottenham

“Ini bukan mengenai saya. Ini adalah mengenai (Daviel) Levy dan juga kelab,” kata Mourinho.

“Dia mempunyai visi dan sebahagian daripadanya adalah untuk menjadikan kelab lebih baik dan besar.

“Tiada kelab yang lebih baik dan besar tanpa pasukan yang baik dan besar. Jadi untuk mengekalkan pemain-pemain terbaik jelas adalah sebahagian daripada perancangan itu.

“Ia bukannya seperti janji kepada saya. Ia adalah sebahagian daripada penjelasan (Levy) mengenai visinya.

“Tanpa memperincikan pemain yang dia beritahu saya dia tidak mahu jual apabila pengurus juga tidak mahu menjualnya.

“Tiada keraguan, dia adalah salah seorang penyerang terbaik di dunia.

“Dia hanya perlukan pasukan bersamanya, jika pasukannya adalah England atau Tottenham, cuba membawanya atau pergi bersamanya ke tahap yang lebih baik.

“Dan apa tahap seterusnya? Gelaran. Saya fikir dia perlukan kemenangan. Dia memerlukan seseorang menunjukkan kualitinya, gol yang dia jaringkan, apa yang dia berikan kepada pasukan.

“Dia adalah penyerang terbaik dan saya pernah bekerja dengan yang terbaik.”

Mouriho begitu yakin dan tegas dengan perancangan beliau dalam membawa Spurs yang baru dikemudikannya, berbeza dengan Emery dimana beliau lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata bagaikan bermain selamat.

Tiada kenyakinan dalam ucapan beliau bagi mengembaikan kegemilangan Arsenal.

on whether the squad can compete for the title…
Let’s go step by step. We need to do it this way, working and thinking with our minds. For me, the position is for the team to get better day by day, and we plan for the first match against Manchester City.

dipetik dari laman Arsenal.com

Bersambung ke bahagian II…

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment