Perlawanan terakhir Emery dan penggantinya minggu ini.

Unai Emery Hanya Menunggu Waktu Untuk Diumumkan Pemecatannya.
Enam calon pengganti Emery disebut-sebut sedang dinilai namun dikatakan pengendali Wolves menjadi pilihan utama walaupun ianya kelihatan sukar.

Mikel Arteta, Mauricio Pochettino, Massimiliano Allegri, Freddie Ljungberg dan Brendan Rodgers dikatakan calon yang menjadi sebutan untuk menggantikan Unai Emery minggu ini.

Namun pengendali Wolverhampton Wanderers, Nuno Espirito Santos dilaporkan menjadi pilihan pihak pengurusan Arsenal, menurut laporan.

Nuno Espirito Santos

Emery berada dibawah tekanan kuat selepas prestasi hambar dan menyedihkan musim ini dengan menyaksikan suara-suara lantang mendesak beliau disingkirkan dari Emirates

Ketinggalan lapan mata dengan pasukan Chelsea yang menduduki tangga keempat liga membuatkan situasinya semakin buruk, memandangkan matlamat utama Arsenal adalah layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Sementara itu, Santos yang mengemudikan Wolves berada ditangga kelima liga (walaupun hanya satu mata di depan The Gunners) dan dilihat semakin pulih dari permulaan buruk musim ini.

Perkembangan Wolves yang semakin baik dan berjaya menyesuaikan diri dalam saingan musim ini setelah layak beraksi dalam saingan Liga Europa membuatkan pengendali pasukan itu menjadi pilihan.

Santos menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Wolves pada 31 Mei 2017 dan sekiranya Arsenal berjaya memujuk dan mendapatkan beliau, The Gunners hanya mampu menggunakan khidmatnya pada musim hadapan (setelah kontrak Santos berakhir pada penghujung musim ini bersama Wolves).

Pun begitu, difahamkan bahawa Freddie Ljungberg bakal menggalas tugas selaku pengendali sementara sehingga berakhirnya musim ini seandainya Emery dipecat dalam masa terdekat ini.

Freddie Ljungberg bakal menjadi pengendali sementara Arsenal sekiranya Emery dipecat dalam masa terdekat.

Ketua Bolasepak Arsenal, Raul Sanllehi mempunyai hubungan baik dan telah lama mengenali agen Santos, Jorge Mendes dan pihak pengurusan The Gunners dilaporkan kagum dengan usaha dan pencapaian yang telah dibuat Santos.

Dalam pada itu, tugas Emery di Emirates dilaporkan bakal ditamatkan dalam masa terdekat ini.

Laporan Goal mengatakan bahawa ianya hanya ‘menunggu masa dan bila’ untuk pengumuman dibuat mengenai pemecatan Unai Emery.

It’s not like the club is on its knees or anything. The mood is still pretty good, but you are now just waiting to be told the news.

Goal

Pun begitu, Emery dijangka masih bertanggungjawab untuk perlawanan Liga Europa malam Khamis (jam 4 pagi Jumaat, waktu Malaysia) menentang Eintracht Frankfurt di Stadium Emirates.

Sekiranya Arsenal gagal mendapat keputusan positif ketika menentang Frankfurt, kedudukan Emery akan menjadi lebih bahaya dengan kunjungan ke Norwich City pada hari Ahad berpotensi menjadi peluang terakhirnya untuk terus mengemudikan The Gunners.

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment